Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Tentang Aku

Cerpen sebelumnya:
Lewat Musim Itu - Episod 2
Cerpen selanjutnya:
Pak Pandir dan Bunga

ku berjalan sendirian menuju ke gerbang pintu, gerbang pintu yang seakan-akan memanggil aku. Aku terpaku dengan keindahannya.Gerbang itu meliuk-lintuk bagaikan menari-nari mengikut irama. tetapi aku tidak mendengar sebarang muzik. yang ada hanyalah riuk rendah suara kanak-kanak bermain di waktu petang. Suara kegirangan yang  sering mengusik ku di kala senja menjelma.

Aku teringatkan kampung ku. Kampung yang banyak membesarkan aku untuk menjadi insan. Mengenal  erti sebenar maksud kemanusiaan. Mengenal erti kerjasama. Erti sebuah keluarga yang saling menyayangi. Aku sering tenggelam dalam alam kehidupan yang lalu, sehingga aku lalai tanpa sedar aku sudah jauh ketinggalan. Zaman sudah berubah. Itulah yang sering diperkatakan. Memang zaman sudah banyak berubah. Sehingga aku rasakan aku sudah tidak layak untuk hidup di dunia hari ini. Dunia penuh kesibukan. Tiada masa terluang untuk berehat. Untuk berhenti sekejap untuk berfikir, bermuhasabah diri, berfikir mengenai pencipta. merenung akan keaungannya. Apatah lagi menunaikan tanggungjawab terhadapnya.

Tangan-tangan semalam masih lagi mengait aku untuk pulang ke masa lalu. Pulang untuk mengambil sesuatu yang aku abaikan dahulu. Aku terkejut, tersedar dari alam mimpi. Lalu bangun untuk turun ke bawah. menuju ke bilikgelap. Di dalam bilikgelap itu aku terkapai-kapai mencari sesuatu, meraba-raba sedaya upaya aku. Aku berusaha gigih, gigih segigihnya. sehingga aku berjaya. Lalu ku tuangkan air panas, dua sudu Nescafe dan satu sudu gula. Ku kacau dan ku hirup untuk menghilangkan dahaga aku malam itu.

Cerpen sebelumnya:
Lewat Musim Itu - Episod 2
Cerpen selanjutnya:
Pak Pandir dan Bunga

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
2 Penilai

Info penulis

timur

mencari sesuatu yag hilang
Timur | Jadikan Timur rakan anda | Hantar Mesej kepada Timur

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Share Alike 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Timur
Pembukaan | 2115 bacaan
Epilog Cinta En Azmi | 2006 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

8 Komen dalam karya Tentang Aku
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik