Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fazrina Cinta '96 (11)

 

1996

 

Exists muncul kembali setelah lama menyepikan diri tanpa sebarang album. Tapi kali ini, kehadiran band dari Johor Bharu ini di persada seni tanahair adalah tanpa vokalis asalnya – Mamat. Tempat Mamat di ganti oleh seorang penyanyi dari Kedah yang bernama Ezad. Lagu ‘Masih Terserlah Ayumu’ mula diputarkan dengan kerap di stesen-stesen radio, terutamanya semasa seleksi ‘Pilihan Bersama Radio Muzik’.

 

Aku sebenarnya harus berterima kasih pada Exists kerana hanya kerana Exists, perhubungan yang hambar dengan Fazrina menunjukkan perubahan yang positif. Tiba-tiba kami mula mesra kembali ketika berbicara soal muzik, seperti yang kerap kami bicarakan di awal-awal perkenalan kami dulu.

 

“San, awak dah dengar lagu baru Exists?”

“Dah. ‘Masih Terserlah Ayumu’ tu kan?”

“A’ah. Lagu tu memang berhantu. Tapi awak patut dengar whole album dia la San. Lagu-lagu dia memang sedap. Saya cukup suka lagu ‘Alasanmu’.”

“Tapi suara Ezad tu macam suara Mamat kan Faz?”

‘A’ah. Saya pun mula-mula tu ingatkan Mamat yang nyanyi, tapi bila baca paper, rupanya Mamat dah tak dengan Exists lagi”

 

Hanya kerana Exists, Fazrina kembali rancak bercerita. Hanya kerana Exists, aku dapat mendengar semula gelak tawanya di hujung talian. Hanya kerana Exists, aku kembali menjadi pendengar yang setia. Terima kasih Exists!

 

Dan perbualan yang mesra itu membuatkan aku semakin bersemangat untuk melancarkan strategiku yang terakhir!

 

Can you help me remember how to smile
Make it somehow all seem worthwhile
How on earth did I get so jaded
Life's mystery seems so faded

I can go where no one else can go
I know what no one else knows
Here I am just drownin' in the rain
With a ticket for a runaway train

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) saaayang. bukannya seharii duwwaaa. percintaan kita iniiihhh.
    ok ok, over. oh, dan aku tak nyanyikan utk kau. sila jangan buat muka euw.

    wei. mana aci bro. lu apdet ini panjang je. cis.
    sepatutnya ditambah tentang pemerihalan cerita. bagaimana rupa faz waktu itu. dan diselit tentang hal2 lain sekali. seperti teringat, terbayang apa-apa yang boleh membantu perjalanan cerita.

    haha! kecoh lebih lak aku.

  • (Penulis)
    2) cahatomic - aku x tau reaksi dia camna, coz dialog ni kami tuturkan dlm telefon.

    actually aku dh ada bahan utk next chapter, tp bila aku try upload, dia memanjang asyik kuar 'error'..ish!
  • 3) Tidak! sayangnye...
    cube lagi Hassanayat...jgn tak cube...
  • 4) nak lg laaa....
    :P

    awat yg kali ni nye pendek sgt...
    he3..

  • (Penulis)
    5) granger - yezzer..never say die attitude..ekekeke

    enarif - takpe..kejap lagi sambung...hehehe...
  • 6) adekah gadis xley ketawa dihp? kerna ketawa itu bisa mncairkan dan menerbangkan seluruh jiwa jejaka..ngahahahaa

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat