Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Hatiku Di Terengganu

Cerpen sebelumnya:
2K...(kasih kembar)
Cerpen selanjutnya:
macam mane leh jadi??

Dungun 21 Syaaban/Disember 1999/Minggu Wawasan Siswa

 

 

Sebelum pelajar-pelajar memulakan semester 1, kami diwajibkan menghadiri Minggu Wawasan Siswa selama seminggu. Minggu Wawasan Siswa ni lebih kurang Minggu Orientasi la.

 

Masa MWS ni, aku kenal ngan seorang budak lelaki yang ala-ala lembut gitu. Kitorang panggil dia ‘Ila’. Ila ni budak Diploma In Hotal Management, aku pulak Diploma In Business Studies. Aku ditempatkan di Kolej Tasik, sementara Ila ditempatkan di Kolej Pantai.

 

Masa hari terakhir MWS, Ila membuat satu tawaran yang menggegarkan dada aku.

 

 

“San, sebelum senior-senior balik dari cuti semester, datang lah bilik aku.”

“Ada apa kat bilik ko Ila?”

“Aku boleh service ko.”

“Service? Camna tu?”

“Well. Oral sex is the best type of sex in the world.”

 

 

Pergh! Terkejut aku weh! Tapi aku menolak tawaran Ila tu dgn baik, tanpa sebarang maki hamun.

 

 

Dungun 2001

 

 

Malam tu roommate aku, Min ajak aku lepak kat depan Dewan Makan, lebih kurang jam 2 pagi. Katanya ada hal yang dia nak cerita kat aku. Terkejut aku bila Min bercerita dengan air mata yang mengalir. Kes berat ni.

 

 

“Mender per hok wat mung nangis ni Ming. Cube mo kabor ke aku. Kalu aku leh tolong, aku tolong.”

“Sang, mung kenal dok bapuk hok dok depang bilik kita?”

“Ani tu? Kenal..tapi aku dok rajin bual dengang yer. Bakper Ming?”

“Aku tengoh sedih ni Sang, Yer baru mintok putus dengang aku.”

“Hah! Biler pulok mung ade hubungang dengang yer?”

“Tiga bulang doh Sang, kalu aku tak dok kat bilik sokmo, maknenyer aku gi tubek dengang yer lah. Ako dok tahu nok wat guaner ni Sang, sedih ngat aku nih.”

“Ming, aku dok tahu nok kabor guane, mung slow2 lah lupakang yer.”

 

 

Hah! Min dah terjebak. Rupanya mengikut cerita dari Min sendiri, Min dulunya bersekolah di sekolah berasrama penuh lelaki, dan tak pernah ada awek. Dari sekolah menengah lagi Min dah couple sesama lelaki.

 

Oh! Dunia…mengapa kau terlalu kejam pada sahabatku yang bernama Min ini?

 

 

Dungun 2000/Malam Kebudayaan Kolej Tasik

 

 

Setiap ‘wing’ harus menghantar wakil untuk persembahan pada Malam Kebudayaan Kolej Tasik. Aku dan Jep mewakili ‘Wing Rembah’, persembahan kami simple je, Jep plucking gitar dan aku baca sajak.

 

Walaupun simple, kami tetap dapat no.2 malam tu, dan seperti biasa juara persembahan adalah wakil dari sebuah ‘Wing’ yang peserta-pesertanya terdiri daripada lelaki-lelaki lembut yang mempersembahkan sebuah tarian yang gemalai.

 

Juri-juri pada malam tu adalah 3 orang awek dari Kolej Tanjung (Kolej Siswi). Aku tak ingat nama semua awek tu, yang aku ingat sorang je – namanya Awin. Awin ni amik course ‘Diploma In Secretarial Science’.

 

Camna aku boleh ingat pada Awin? Sebabnya lepas Malam Kebudayaan ni, Awin ni ada hantar surat nak berkenalan ngan aku. Aku balas je lah. Ada 4-5 surat kot yang sempat kami berutus. Lepas tu aku jadi boring, dah takde benda nak cerita dalam surat, last-last lost contack macam tu je.

 

 

Dungun 2001/Malam D’Hotelliers

 

 

Malam D’Hotelliers ni adalah satu malam di mana budak-budak Diploma In Hotel Management meniaga. Premis perniagaan ialah khemah-khemah yang dipasang di hadapan Dewan Sri Sura.

 

Aku dijemput untuk meniaga di salah satu gerai, sebagai wakil Entrepeneurs (satu Persatuan yang mewakili Diploma In Business Studies). Aku menerima jemputan tu dengan baik.

 

Aku jual bunga malam tu, macam-macam bunga ada – carnation, lily, rose. Aku dibantu oleh support team yang best – semua member-member kamcing aku.

 

Lan Sungai Buaya tolong set-up table, siap dengan lampu lip lap lagi. Cicak tolong bahagian art & design, setiap kad yang ditampal pada bunga ditulis dengan tulisan tangan Cicak. Betik pulak tolong buat delivery, bunga-bunga yang dibeli oleh pelajar lelaki untuk pelajar perempuan akan dihantar sendiri oleh aku dan Betik ke Kolej Perempuan.

 

Masa aku gi Kolej Tanjung, aku perasan ada satu bunga yang ditujukan kepada Awin, budak perempuan yang jadi juri dalam persembahan Kolej Tasik dulu. Aku tak berani nak turun dari motor, malas aku nak berhadapan dengan Awin setelah lama lost contack, malas jugak aku nak bagi bunga yang datangnya dari lelaki lain kat Awin, last-last Betik yang turun dari motor dan serahkan bunga tu kat Awin di Kolej Tanjung.

 

Oh ya, malam tu melebihi seorang penjual bunga, aku pun dapat sekuntum bunga carnation, entah dari sapa, tapi yang pastinye dari perempuan, sebab dekat kad yang mengiringi bunga tu ada tertulis:

 

“Ur secret admire from Tanjung College”

 

Erm…awek mana lah yang minat kat mamat yang masa depannya tak menentu ni ekk?  

 

Dungun 2001

 

 

Dalam 'click' aku, aku sorang je yang 'clean'. Bijan main 'chest', Min ngan Betik main 'gas', Mat Ju main 'tp', Bai ngan Boy pulak main 'dam'. Kalau member-member aku di Petaling Jaya rata-ratanya meneguk air setan seawal usia 18, di Terengganu pulak lain ceritanya, member-member aku kat ITM ni dah kenal dadah sejak di bangku sekolah menengah lagi.

 

Biasanya bilik aku la yang jd port lepas gian, aku tak mengisap, tapi boleh la nak layan gelak-gelak ngan diorang. Dalam banyak-banyak dadah ni, 'dam' la yang paling popular, tapi budak-budak ni tak balut, membazir kata diorang. Diorang lagi prefer buat dapur. Perkakas nak buat dapur ni mudah je, perlu ada satu botol plastik yang berisi air, di gandingkan dengan batang betik yang dipotong kecil, jadilah dapur.

 

Oh ya, dekat ITM ni aku ada sorang kawan perempuan yang amatlah rapat dengan aku, namanya Ina. Majoriti budak-budak batch aku datang dari pantai timur, Ina ni pulak datang dari pantai barat. Kalau balik Kl, aku biasanya akan balik naik bas sama-sama ngan Ina. Mungkin sebab tu lah kami jadi rapat. Rapatnya aku dan Ina dah macam adik-beradik, even aku dah anggap dia sebahagian dari keluarga aku pun. 

 

Ada sekali tu, masa mid semester break. Ina ajak aku dan Bai balik KL. Tapi dia ajak kitorang lepak kat Kuantan dulu satu malam, dan pagi esok nye baru balik KL dari Kuantan. Ina kata dia nak lepak kat satu hotel kat Kuantan tu. Boy pulak ajak aku dan Bai lepak kat rumah dia kat Kuantan satu malam, dan lepas tu jumpa Ina kat stesen bas Kuantan esok harinya. Aku pun set aje lah.

 

Malam tu, lepas makan malam, kami hantar Ina betul-betul sampai depan pintu hotel. Terkejut aku bila ada seorang lelaki betul-betul tunggu Ina depan pintu bilik hotel tu. Ina mengucapkan selamat tinggal kpd kami dan masuk ke dalam bilik hotel tu bersama-sama lelaki tu. Lelaki tu segera menutup pintu bilik hotel dan mengangkat tangan kepada kami. Lambaian tangannya aku sambut dengan pandangan mata yang amat sinis.

 

Sampai kat rumah Boy malam tu, Boy dan Bai bukak 'dapur'. Aku tak boleh tidur, fikiran aku ligat memikirkan Ina dan lelaki itu. Aku bukan tak biasa tengok pergaulan bebas ni, member-member aku kat PJ pun habis sekolah je terus mendaftar nama kat Modesto, yang dah terjebak dlm seks bebas pun ramai. Tapi hubungan diorang dengan aku setakat 'member-member' je, so aku tak amik port sangat kalau diorang rosak macamana sekalipun. Tapi Ina lain, aku dah anggap dia sebahagian dari keluarga aku.

 

Dan akhirnya malam tu, kerana kerunsingan aku yang mendalam, buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku menarik 'dam' bersama-sama Bai dan Boy. Aku tarik sehabis dalam, jauh lebih dalam dari penagih-penagih tegar yang lain.

 

Dan dalam khayal aku malam tu, aku nampak sebuah rumah kayu yang cantik, dalam satu perkampungan yang cantik, dengan burung-burung yang cantik berterbangan ke sana  kemari. Aku layan khayalan itu sampailah aku tertidur dengan nyenyaknya.

 

Esok paginya, Boy hantar aku dan Bai ke stesen bas Kuantan. Kat sana, Ina sedang menunggu kami bersama lelaki yang kami jumpa malam tadi. Rasa aku nak tinju je muka lelaki tu, tapi aku rasa tak adil lah pulak kalau aku tinju lelaki tu je, aku patut tinju muka Ina sekali, baru adil! Tapi niat tu aku padamkan begitu sahaja, kang tak pasal-pasal orang ingat aku gila pulak, meninju orang tak tentu pasal.

 

Dalam bas ke KL pagi tu, Bai duduk sebelah Ina, aku pulak duduk sorang-sorang coz aku amik kerusi yang single seater, aku layan stim 'dam' yang tak abis2 lagi dari mlm td.

 

Sampai KL, aku salam lebih kurang ngan Bai dan Ina, lepas tu terus amik komuter pulang ke rumah aku kat PJ. Malas aku nak ajak diorang minum air dulu, aku nak cepat-cepat sampai rumah. Hati aku bengkak ni weh!

 

 

Dungun 2001

 

 

 

Izrawati Ibrahim. Cantik orangnya, secantik namanya. Awek 'chinese look' ni adalah seorang budak perempuan kelahiran Marang. Dia senior aku satu semester, tapi sama-sama amik course DBS (Diploma In Business Studies).

 

Aku kenal dia pun secara tak sengaja, kami sama-sama jadi AJK Entrepenuers (sebuah persatuan yang menaungi DBS). Izrawati ni dalam Biro Kebajikan, aku pulak dalam Biro Sukan.

 

Kami sama-sama cuba menaikkan nama Entrepenuers, cuba menjadikan persatuan ini sebagai satu persatuan terbaik dalam ITM. Macam-macam aktiviti yang Entrepenuers jalankan, dan yang mendapat sambutan yang paling hangat ialah Treasure Hunt.

 

Tapi walaupun kami mencuba sedaya upaya, Entrepenuers hanya berjaya mendapat tempat ke dua kategori Persatuan Terbaik, tempat pertama jatuh kepada D'Hotelliers, satu Persatuan yang menaungi Diploma In Hotel Management, Diploma In Chef Training dan Diploma In Culinnary Arts.

 

Aku rasa D'Hotelliers menang sebab D'Hotelliers anjurkan satu kempen derma darah di ITM yang membolehkan masyarakat sekitar Dungun menderma darah. Berbeza dgn Entrepenuers, kami hanya menjalankan aktiviti sesama pelajar sahaja, sedangkan D'Hotelliers bercampur dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, keputusan pertandingan itu aku terima dengan hati terbuka.

 

Izrawati? Sebenarnya aku takdelah rapat mana pun ngan dia, sebab aku tengok ada sorang AJK Entrepeneurs yang dok menghimpit dia, aku malas lah nak kacau line. AJK tu pun aku tengok bukan lah calang-calang, akademik bagus, selalu gi surau dan sebagainya, jauh berbeza dgn diri aku yang tak berapa nak semenggah ni.

 

Aku kawan dengan Izrawati ni pun time ada aktiviti Entrepeneurs je lah, bila seluruh aktiviti tamat, dan D'Hotelliers dinobatkan sebagai Persataun Terbaik, aku langsung tak jumpa dia dah.

 

Cuma ada sekali tu, masa 'National Day Request', aku adalah bagi something kat Izrawati ni.

 

'National Day Request' ni adalah hari dimana siswa dan siswi boleh menghantar cenderahati kepada siswa dan siswi yang lain, ada posmen lah yang akan menghantarkan cenderahati tu, dan posmen tu pulak adalah siswa dan siswi ITM gak.

 

Dan cenderahati yang aku bagi ialah satu 'cup cake' je pun, harganya termasuk delivery charge ialah RM 1.

 

Oh ya, dekat kad kecil yang mengiringi 'cup cake' untuk Izrawati tu aku tulis :-

 

 

"Terima kasih kerana membenarkan saya melihat awak dari jauh. From your SA (Secret Admire)"

 

 

Hah! Karat jugak aku ni ehh?

 

 

Dungun 2001

 

 

Tetiba aku rasa jiwa aku dah sebati sangat dengan alam sekitar. Setiap petang sebelum main bola, aku dan Boy akan menghabiskan masa dengan menikmati keropok lekor dan ais jagung di sebuah gerai kayu yang lokasinya berhadapan dengan Pantai Teluk Lipat. Bukan nak makan sangat pun, tapi lebih kepada nak melihat birunya air laut. Kebiruan itu mendatangkan kedamaian yang amat sangat di jiwa aku.

 

Bila cuti hujung minggu, aku akan mengikut Duang Kambing dan Merang memancing di Teluk Gadung. Kami mula meredah laut seawal jam 2 pagi, ketika air laut sedang surut. Port kami ialah batu-batu besar di Teluk Gadung, kami akan duduk di atas batu-batu tu dan mula mengail, dan ikan yang biasa kami dapat ialah ikan siakap.

 

Tapi kami tak boleh lama di atas batu tu, kami kena sampai semula ke pantai sebelum air laut pasang semula, oleh itu kami memancing selama 2 jam je dan terus berlari meredah laut yang surut untuk pulang ke pantai.

 

Kadang-kadang jugak, aku akan mengikut Mat Ju dan sepupunya Sulong ke Sungai Manir di Kuala Terengganu. Sulung ada sebuah sampan, sampan itu kami naiki dan kami akan mula menikam ikan dan udang di Sungai Manir. Ikan dan udang itu kami bakar di sebuah 'pulau' yang letaknya di tengah-tengah Sungai Manir. Selepas itu kami akan bermalam di 'pulau' itu sehingga Subuh, kami mandi sungai dulu sebelum pulang semula ke Dungun.

 

Kadang-kadang aku rasakan yang aku, Mat Ju dan Sulung adalah watak-watak yang terdapat dalam novel 'The Adventure Of Tom Sawyer' karya Mark Twain. Aku sebagai Tom Sawyer, Mat Ju sebagai Huckleberry Finn manakala Sulung sebagai Joe Harper.

 

Kerana cintaku pada alam juga barangkali, buku-buku pelajaran aku tinggalkan tidak bersentuh begitu sahaja.

 

 

Dungun 2000

 

 

Kat mana pun daerah yang aku bermastautin, padang bolanya akan aku jejak. Begitu jugak kat ITM Dungun. Tiap-tiap petang aku akan turun padang, kalau sehari aku tak main bola, aku akan gelisah semacam. Posisi aku ialah sayap kiri, walaupun aku bukanlah kidal. Dari bahagian kiri padang, aku selalunya akan 'penetrate' ke tengah dan membuat umpanan ataupun terus shoot ke arah pihak gol lawan.

 

Setiap hari Khamis, ada pasar malam di Bandar Dungun, pasar malam yang terpanjang dalam negeri Terengganu. So hari Khamis, budak-budak ITM tak main bola, semua pergi pasar malam. Tapi aku tetap turun padang, aku akan main bola ngan anak-anak staff ITM yang masih bersekolah rendah. Begitulah cinta aku pada bola sepak.

 

 

Stadium UiTM Dungun/Quarter Final Inter-Course Football Tournament 2001/ DBS vs DCS

 

 

Aku adalah pemain paling junior dalam squad DBS masa tu, kami berjaya melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir menentang skuad Diploma In Computer Science. Tapi aku hanya diletakkan di bangku simpanan masa quarter final ni. Kami ketinggalan 0-1, dan ketika perlawanan berbaki 10 minit, aku masih berada di bangku simpanan. Ketika inilah stadium ITM bergema dengan suara-suara penyokong yang menjerit nama aku.

 

 

"Masukkang Asang! Masukkang Asang! Masukkang Asang!"

 

 

Aku terharu yang amat sangat dengan sokongan penyokong-penyokong terhadap DBS umumnya, dan terhadap aku khususnya, walaupun ramai dikalangan penyokong-penyokong tu bukanlah budak DBS pun. Akhirnya manager squad DBS - Syafianza Azwan @ Pian, akur dengan permintaan penyokong. Pian mengantikan Salehuddin dengan aku.

 

Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk ke dalam padang, sorakan dari penyokong bertambah kuat. Bila aku dapat first touch, sorakan jd makin kuat. Tapi tak banyak yang aku boleh buat dengan masa 10 minit yang masih tinggal tu, aku bukanlah Steve Mcmanaman yang mampu menggelecek 3-4 orang dan menghasilkan gol secara solo, pencapaian aku yang tertinggi dalam bola sepak pun setakat mewakili Kelas 5 Seroja time sekolah dulu. Akhirnya DBS tewas juga di tangan DCS.

 

Walaupun kalah, aku tetap terharu dengan sokongan penyokong-penyokong pada aku. Bila aku melangkah keluar dari padang, mereka ramai-ramai bertepuk tangan, aku membalas tepukan tangan itu dengan melambai tangan pada mereka tanda terima kasih.

 

Sampai hari ni, aku tak tau apasal diorang suka sangat tengok aku main bola, nak kata aku terror, takde lah terror mana pun. Cuma ada sorang kakak kat tempat keje aku sekarang ni kata;

 

 

"Ayat, awak hensem betul bila berlari kat atas padang bola."

Heh! 

 

 

UiTM Dungun/Malam DBS 2001/Dewan Sri Sura

 

 

Aku membuat persembahan yang terakhir di atas pentas di dalam Dewan Sri Sura ni. Aku dan Mat Ju mendeklamasikan sebuah sajak yang aku reka sendiri, khusus untuk Mat Ju. Kami dibantu oleh strumming gitar Pattaya yang mengiringi puisi tu.

 

Sedikit tentang Mat Ju :

 

Mat Ju adalah roommate aku yang berasal dari broken family. Setelah ibunya meninggal dunia, bapanya berkahwin lain. Dia tidak selesa tinggal bersama keluarga barunya di Kuala Terengganu, dan dia memilih untuk tinggal bersama neneknya (ibu kepada ibunya) di Besut.

 

Mat Ju langsung tidak meminta duit daripada bapanya sepanjang pengajiannya di ITM. Bapanya adalah seorang peniaga tanah yang kaya-raya. Mat Ju telah mengikut jejak bapanya dengan mula meniaga di usia belasan tahun lagi. Cuma perniagaan Mat Ju jauh berbeza dengan perniagaan bapanya.

 

Mat Ju adalah tokan 'tp' terbesar di UiTM Dungun. 'TP' adalah sejenis pil ketenangan yang diberikan oleh doktor kepada pesakit-pesakit jiwa. Tapi bila orang normal telan 'TP' ni, orang normal tu akan jadi bengong la. Berbeza dengan 'gas' (ubat batuk) yang stim nya naik slow-slow tapi romantik, stim 'TP' ni naik dengan mendadak, 5 minit lepas telan dah boleh layan 'stim' dah. Mungkin sebab itu lah perniagaan 'TP' Mat Ju menjadi maju, dan Mat Ju menyara kehidupannya di ITM dengan keuntungan hasil menjual 'TP' tu.

 

So, satu hari tu, Mat Ju datang jumpa aku, mintak aku tolong karang satu sajak tentang dia dan ayahnya, katanya satu hari nanti dia akan menyerahkan sajak itu pada ayahnya. Aku cuba karang sehabis baik, Mat Ju berpuas hati dengan puisi tu dan kami sama-sama deklamasikan di Malam DBS 2001. 

 

 

Secangkir Kopi Untuk Ayah

 

 

Maafkan aku jika rasa kopi ini kurang manis

Maafkan aku jika rasa kopi ini lebih pahit

 

Aku tidak akan menambah sukatan gulanya

Aku tidak akan mengurang sukatan serbuknya

 

Menambah sukatan gulanya

Sekadar menambah derita

Mengurang sukatan serbuknya

Sekadar mengurang bahagia

 

Ayah,

Katamu padaku ramuan kopiku ini beracun

Lalu kau menyuruhku mengambil ramuan kopimu

Untuk ku pasarkan ke seluruh dunia.

 

Ayah,

Aku tidak akan mengambil ramuan kopimu

Untuk ku pasarkan ke seluruh dunia

Tapi akan ku cari penawar pada racun kopiku.

 

Dan bila tiba saat itu

Akan aku hidangkan

Secangkir kopi paling istimewa

Untuk ayah.

 

Dan malam itu, jauh di sudut hati, aku berharap Mat Ju akan kembali ke pangkuan keluarganya.

 

 

Dungun 2001

 

 

Dalam ramai-ramai lecturer, aku paling ingat Miss Shamsad Begham Othman. Dia ajar subjek English. Melebihi seorang lecturer, dia adalah seorang pendidik agung. Miss Shamsad ni lumpuh orangnya, pergi mengajar di block akademik pun naik kerusi roda elektronik.

 

Kat ITM, aku selalu ponteng kelas, tapi jarang sangat aku ponteng kelas Bahasa Inggeris Miss Shamsad. Habis kelas, kadang-kadang aku singgah jap kat bilik dia di Blok Akademik. Kami sembang-sembang lebih kurang lepas tu baru aku mintak diri.

 

Miss Shamsad ni percaya betul kat aku, wal hal English aku tak lah best mana pun. Dia pilih aku mewakili DBS untuk 'Debate'. Kami dapat naib johan, kalah di tangan Diploma In Hotel Management (DHM) di pertandingan akhir. Tapi kami balas dendam, kami tewaskan DHM di semi final 'Crazy English' pulak. Puas hati aku!

 

Lama-lama Miss Shamsad ni tidak lagi sekadar bersembang tentang Bahasa Inggeris ngan aku, dia dah mula tanya pasal hal-hal disiplin aku - apasal aku selalu ponteng kelas, apasal result aku untuk subject-subject lain teruk sangat dan sebagainya. Dan kerana pertanyaan-pertanyaan itulah, aku merenggangkan diri dari Miss Shamsad.

 

Macamana aku nak jawab soalan dia? Aku pun tak tau apa masalah aku sebenarnya!

THE ROAD NOT TAKEN (ROBERT FROST,1915)

 

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth.

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same.

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

 

Dungun 2001

 

 

Kat ITM ni, ada satu kelab kebudayaan. Tapi cabang dalam kelab kebudayaan ni ada dua je - dikir barat dan tarian. Ketua utk tarian ialah Wak Gon, budak Shah Alam dan ketua untuk dikir barat pulak ialah Semi - budak Kota Bharu.

 

Entah macamana, aku dan 2 orang lagi roomate aku - Min & Betik boleh terlibat secara tak langsung dalam kelab kebudayaan ni. Min memang minat menari, so dia join lah cabang tarian ni. Betik pulak berkawan baik ngan Semi, dua-dua sahabat ni berasal dari Kelantan dan walaupun Betik tak join dikir barat, tapi dia selalu la turun padang untuk memberi sokongan moral kepada Semi, member baiknya tu.

 

Aku pulak tak join dalam dua-dua cabang seni ni, tapi selalu gak datang tengok diorang berlatih. Kelas tarian biasanya dibuat pda hari Rabu malam Khamis, dari jam 9-11 malam. Aku kalau datang pun biasanya lepak sampai pukul 10 je, sebab lepas tu aku kena gi kedai Kak Long untuk amik nasik lemak dan burger yang akan aku niagakan.

 

Aku memang minat la seni dan budaya ni, tapi aku tak leh join diorang. Pertama, aku memang tak boleh menari sebab langkah aku sumbang dan keras, dikir barat pulak memang aku tak leh join sebab aku tak boleh bersila lama-lama, nanti kaki aku kebas. Kekadang tu cemburu je aku bila tengok kawan-kawan buat persembahan, tapi apa boleh buat - aku takde bakat.

 

Tapi aku tak putus asa, aku tau aku boleh berlakon. Masa sekolah rendah dulu aku wakil sekolah untuk teater kanak-kanak. So slow-slow aku bincang dengan Wak Gon, aku sarankan supaya cabang teater diperkenalkan di ITM Dungun, Wak Gon pulak membawa usul tu pada Encik Zafrey, pensyarah yang jd penasihat pada Kelab Kebudayaan ni, dan Encik Zafri pulak bagi greenlight kat kitorang.

 

Tanpa membuang masa, aku dan Wak Gon membuat promosi pd pelajar-pelajar ITM tentang cabang teater ni, ramai yang berminat dan kami pun terus mengumpulkan nama mereka-mereka yang berminat tu. Meeting pertama di jalankan dan mendapat respon yang baik dari pelajar-pelajar. Tapi mungkin kerana kesuntukan masa, penubuhan cabang teater tidak dapat direalisasikan secepat mungkin, sebaliknya di tangguhkan ke semester yang berikutnya.

 

Dan apabila tiba semester yang berikutnya, aku telah diberhentikan dari ITM atas sebab-sebab akademik. Khabar yang aku dengar dari rakan-rakan, Kelab Kebudayaan telah mempunyai cabang teater. Aku gembira dengan perkembangan ni walaupun aku tidak dapat bersama-sama memperjuangkan cabang teater tu lagi bersama kawan-kawan yang lain.

 

Terima kasih Wak Gon. Terima kasih Encik Zafrey. Majulah teater untuk UiTM Dungun!

 

 

Dungun/Disember 2001

 

 

Aku meninggalkan UiTM setelah 2 tahun berada di Terengganu. Jangkamasa untuk memperoleh diploma adalah 3 tahun, tapi sebelum masuk tahun ke-3 aku telah diberhentikan atas sebab-sebab akademik. Keputusan tu aku terima dengan hati terbuka.

 

Hari terakhir aku kat sana, pagi-pagi lagi aku dah ke Hutan Lipur Teluk Gadung. Aku tulis segala impian aku atas satu kertas, dan kertas tu aku letak dalam satu botol kosong. Dan dari atas bukit, aku lontarkan botol yang mengandungi kertas yang tertulis segala impian aku tu jauh ke tengah laut.

 

Dan malam tu, hampir semua kawan-kawan rapat aku hantar aku ke Stesen Bas AA kat bandar Dungun.Aku salam tangan diorang satu persatu, aku peluk bahu diorang sehabis rapat dengan bahu aku. Jauh di sudut hati, aku berterima kasih pada diorang di atas perhubungan yang rapat tu, yang mungkin tak keterlaluan jika aku cakap – perhubungan yang lebih rapat lagi drpd perhubungan sesama saudara kandung.

 

Bandar Dungun ni kecik je, Pasaraya yang paling besar pun Pasaraya Salwa dan Pasaraya Ju Jaya. Pukul 11 malam, sikit sangat kedai makan yang meneruskan operasinya. Kalau aku cerita kat member-member aku kat Petaling Jaya, mesti diorang tak tau apa-apa pasal Dungun ni, ialah..bandar kecik, tak glamour macam Petaling jaya tu…

 

Tapi bandar ni lah yang aku paling sayang, lautnya yang biru, orang darat dan orang pantai yang ramah tamah, keropok lekor dan ikan ayer yang menggiurkan – semuanya meninggalkan satu kesan abadi kat hati aku.

 

Dan ketika bas transnasional yang membawa aku pulang meluncur laju, nyalaan ‘api-api’ di Bandar Kerteh seakan-akan melambaikan tangan pada aku, mengucapkan selamat maju jaya untuk hari-hari mendatang.

 

Selamat tinggal Terengganu! Bon Voyage! Au Revoir! Sayonara!

 

 

Cerpen sebelumnya:
2K...(kasih kembar)
Cerpen selanjutnya:
macam mane leh jadi??

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
5 Penilai

Info penulis

Marius

Au Revoir!
hassanayat | Jadikan hassanayat rakan anda | Hantar Mesej kepada hassanayat

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya hassanayat
Dialog Dengan Rin | 2998 bacaan
Fazrina Cinta '96 (21) - Konklusi | 2578 bacaan
Fazrina Cinta '96 (20) - In The End | 2039 bacaan
Fazrina Cinta '96 (19) | 2322 bacaan
Fazrina Cinta '96 (18) | 2101 bacaan
Fazrina Cinta '96 (17) | 2062 bacaan
Fazrina Cinta '96 (16) | 1959 bacaan
Fazrina Cinta '96 (15) | 2179 bacaan
Fazrina Cinta '96 (14) | 1988 bacaan
Fazrina Cinta '96 (13) | 1975 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

15 Komen dalam karya Hatiku Di Terengganu
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik