buntu

 

Aku mengetuk-ngetuk pen ke meja dengan harapan idea akan keluar. Aku perlu menyiapkan satu nukilan istimewa untuk ‘si dia’. Nukilan cinta aku padanya sebagai hadiah ulangtahun kelahirannya yang ke 24. Aku gundah memikirkan konsep penulisan yang bagaimana harus aku tuliskan. Temanya tentang apa? Cinta yang berbunga-bunga? Ah, seperti sudah biasa. Sudah tidak istimewa. Mistik? Tidak sesuai pula. Aksi? Ah, mahu aku ceritakan tentang apa? Imaginasiku tidak sehaluan dengan pengetahuan am. Sesekali aku mengutuk sikap malas membacaku. Jika dari dulu aku tanamkan sifat suka membaca, tentu tidak begini jadinya. Aku terdesak sekarang. Cerita jenis bagaimana harus aku persembahkan kepada ‘si dia’? Aku buntu.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Mug berisi Teh O suam yang dah sejuk aku biarkan sedari tadi aku suakan ke bibir. Perlahan-lahan aku teguk air manis itu. Buatan sendiri pasti tidak sesedap yang dibeli dari kedai. Tambahan pula jika ada yang tolong bayarkan. Aku tersenyum sendiri. Lupa sekejap pada persoalan tadi. Aku menikmati suasana sebentar. Sayup-sayup, aku terdengar bunyi unggas berselang seli jeritan si katak.

Sejuk pula kurasakan. Aku bangun dari kerusi, baju sejuk aku sarung ke badan. Tadi hujan lebat betul. Kedinginan itu terasa hingga ke tulang sum-sum. Aku memandang kakiku yang tersarung stoking. Aku teringat pesan ibu. Kata ibu tak elok dibiarkan kaki berbogel kala malam, nanti badan dimasuki angin. Biasalah, orang tua-tua memang banyak petua. Mungkin ada benarnya juga, lagipun tak salah kalau mengikut petua lama,kan? Bukan kerja susahpun. Sebab itu aku turutkan juga nasihat ibu. Dari kecil aku sudah dibiasakan dengan berstoking kaki, jadi sekarang sudah serasi agaknya. Sudah tidak ada masalah.

Aku kembali duduk di atas kerusi. Kertas putih bergaris-garis aku pandang kosong. Tidak ada sebutir perkataanpun yang tertulis di atas kertas itu. Aku memandang keluar tingkap. Tidak ada apa-apa juga. Tidak ada manusia lalu-lalang seperti waktu siang. Aku menjeling pada muka jam yang tergantung di dinding. Pukul 4.25 pagi. Sudah hampir masuk waktu Subuh. Kurang dua jam lagi.

Perhatianku yang terkalih sebentar tadi bertumpu semula pada kertas kosong di atas meja. Aku ambil pen lalu aku layangkan beberapa perkataan di atasnya. Semakin lama, pen menari semakin laju di atas lantai tarian putih bergaris itu.

KEMATIAN CINTA

Dalam samar, Fadzli melangkah seorang diri. Kawasan berkenaan begitu asing bagi dirinya. Suasananya sangat seram, gelap gelita tanpa sebarang sumber pencahayaan. Dari jauh, cuma ada lampu-lampu jalan yang meminjamkan sedikit pancarannya. Itupun tidak mampu untuk menyuluh langkahnya. Cuma cukup untuk meminjamkan sedikit kekuatan mental dan keberanian kepada dirinya.

Fadzli teringat akan pesanan tuan guru.

“Kamu kena kuat semangat. Duduk di situ, jangan bergerak. Bertafakur, percaya kamu sentiasa berada dalam keadaan suci. Bersatu sampai ke puncak tertinggi Syurga. Lupakan dunia nescaya kau akan berjaya.”

Satu-satu nasihat itu diingatinya. Fadzli menggenggam kedua belah tangannya untuk menambahkan semangat yang sudah sekian lama tertanam dalam dirinya. Dia mengukuhkan keazaman yang tidak mampu dizahirkan oleh kata-kata.

Peluh dinginnya sudah merembes pada baju yang dipakainya. Fadzli terus melangkah. Selangkah demi selangkah. Akhirnya,…

                Aku merenyukkan kertas yang sudah separuh helai bertulis itu, lalu aku campakkan ke dalam tong sampah. Aku buntu lagi mencari idea. Aku ketawakan diri sendiri untuk seminit. Tidak sangka aku mahu menulis percintaan tentang dua dunia. Cinta antara manusia dan golongan jin. Aku menjadi sang bidadari sedangkan dia adalah manusia biasa yang terpilih kerana zuhudnya sampai ke puncak tertinggi Syurga. Sungguh menyerupai ideology yang dikenali sebagai ‘Pseudo Sufism’ . Ianya adalah suatu  ideologi yang tidak masuk akal bagi aku. Percintaan mistik sebegini mahu aku nukilankan lalu dijadikan sebagai hadiah sempena ulangtahunnya? Sungguh seperti Mak Andeh aku ini. Aku mengetuk kepalaku sendiri dengan pen sambil tersengeh sendirian.

                Aku ambil sehelai lagi kertas. Kali ini aku berkira-kira mahu menulis tentang sesuatu yang lebih ringan dan manis. Sesuatu yang mahu aku kenang bersama ‘si dia’. Mungkin sesuatu yang lebih dekat dengan perhubungan kami. Lalu, aku berimaginasi seketika. Saat itu yang terbayang di tubir mataku adalah saat-saat perkenalan kami. Momen-momen indah yang kami kongsi bersama. Lalu, aku mula menulis lagi. Kali ini gaya penulisanku aku pilih untuk jadi lebih santai.

CINTA LEE DAN DEE

Penglipur cerita:

Suatu hari, tengahari rembang bila matahari berdiri tegak atas kepala, sebuah cerita perkenalan bermula.

*****

“Dee… kau kena jaga sorang-sorang hari ni. Kitorang semua ada kelas. Is it ok?”Dee terdiam. Alamak! Boringlah. Macam mana ni?

“Jaga sorang je ker? Tak apa, aku temankanlah!”

Mamat tu pandang Haqiqi. Dee diam. Mamat mana pula ni? Tak pernah nampak pun? Ah, lantaklah… janji tak kena jaga sorang-sorang. Kalau ada orang tanya, aku nak jawab apa? Hehehe… bagus gak! Nasiblah… sape suruh offer diri. Dee tersenyum sendiri.

“Ok lah, korang tolong jaga ye? Nanti dah habis kelas aku datang sini tengok.”Dee angguk. Mamat tu? Biarlah! Siapa kesah.

“Tak nak duduk ke?”

Mamat tu pandang Dee. Dee tarik kerusi, duduk sebelah dia. Pup! Pen jatuh. Mamat tu pun terbongkok-bongkok ambil pen bawah meja. Tapi, masa nak bangun tu, kepala dia terhantuk pada meja. Dee terus gelak. Mamat tu buat muka selambeh je.

“Dee…”Dee pandang muka mamat tu. Tiba-tiba muka dia gabrah. Dee kerut kening.

“Your name? Dee rite?”Dee angguk kepala.

“Dee da tamat ker?”Dee angguk kepala lagi. Buku-buku, majalah dan risalah penerangan tentang Silat Cekak Ustaz Hanafi disusun kemas-kemas atas meja. Senjata-senjata persilatan pun Dee kemas jugak. Berselerak. Siapa punya dutylah tadi?

“Awak pun budak silat juga ke?”Entah macam mana soalan tu pulak yang keluar. Mamat tu kerut kening. Entah apa yang dia fikir pun tak tahulah.

“La… mestilah. Dee tak kenal abang ke?”Dee geleng. Ye ker budak silat? Tak pernah nampak pun! Mesti jarang turun ni. Gambar-gambar di dinding dikemaskan lekat-letaknya. Banner yang separuh terlondeh, ditegangkan. Mamat tu bangun nak tolong, tapi Dee cepat-cepat berdiri atas kerusi. Di tariknya tali yang dah melendut tu.

“Mesti jarang turunkan?”Mamat tu kerut kening lagi. Pelik semacam je gayanya.

“Abang selalu turun latihanlah. Meeting pun selalu datang juga. Dee tak pernah nampak abang ke?”Abang? Senior ke? Mesti dah lama tamat ni. Dee geleng kepala. Tak pernah! That’s it. Dia memang tak pernah nampak pun mamat tu.Mamat tu, tengok reaksi Dee macam blur, terus tepuk kepala. Terkekeh-kekeh dia gelak.

“Dee sombong sangat. Mana nak kenal. Abang kenal je Dee”.Biar betul mamat ni. Kenal ke? Rasanya baru first time kot sembang-sembang. Nama pun tak tau.

“Kenal ke? Urm… urm… nak panggil apa ek?”

“Nama abang pun, Dee tak tau?”Dee jungkit bahu. Mamat tu gelak.

“Panggil abang Lee.”

Penglipur cerita:

Dan begitulah perkenalan itu bermula. Dee dan Lee berkenalan pada tengahari itu, dan bersembanglah mereka, sampai semua ahli-ahli yang lain datang. Dalam pada tu, sempat lagi Lee merisik tanya itu ini. Rupanya mereka berasal dari negeri yang sama. Apa lagi, bila ada peluang, Lee minta nombor telefon Dee. First step nak menekel kot~ malam tu…

Dee buka mesej. Nombor telefon siapa pula ni? Rasanya tak ada dalam contact list ni.

Dee bz? Dah makan?

Dee tekan punat merah. Biarlah! Bukan penting pun. Mesej tu dibiar je. Malas nak reply. Tapi, lepas tu, nombor yang sama miscall banyak kali. Tak sampai sepuluh minit, mesej kedua masuk. Dee buka mesej tu.

Dee tak turun silat ke malam ni? Ni nombor Abang Lee… simpan tau!

La, mamat ni ke? Huhuhu… terlupa nak minta nombor dia balik tadi. Dee sengeh-sengeh sorang-sorang. Kak Max, roommate dia pandang pelik je. Nasib tak cakap apa-apa. Lalu, mesej dibalas ringkas.

Turun! Tapi lambat sikitlah. Turun ke? =p

Tak sampai 2 minit, mesej masuk lagi. Terus Dee buka.

Dah sampai dah pun. Tengah tunggu Dee je sampai.

Dee gelak. Terasa lucu pula walau tiba-tiba je terasa macam kena perli. Lambat sehari pun nak kecoh.

Penglipur cerita:

Dia bersiap-siap dan tepat jam 10 dia sampai di Komplek Sukan Lelaki. Latihan dah pun bermula. Dalam pukul 11.30 malam, semua ahli berkumpul semula.

“First of all, thanks to all members yang tolong jaga booth hari ni. Malam ni kita nak decide siapa yang akan jaga esok dengan lusa.”

“Qiqi, esok Dee busy. Class straight away dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. But lusa, I’m free the whole day.”

“Ok. Lagipun, petang tadi Dee dah jaga. Kita bagi orang lain ambil turn pulak. But, lusa Dee tolong jaga lagi, boleh?”

“No problems!”

“Lagi siapa nak tolong jaga? I’ll be there whenever I don’t have class. Tomorrow, I’ll free from 10a.m to 12 pm. Syafeeqah?”

“Ika free pukul 2 sampai 4. Ika jaga dengan Iffah esok. Caed cakap dia datang pukul 4 sampai 5 petang. Mungkin dengan Zana kot.”

“Petang settle. Morning?”

“Aku free pukul 8 sampai 10 pagi.”Semua mata pandang seseorang yang tengah berjalan ke arah bulatan kumpulan. Firdaus.

“Apsal kau lambat Daus?”

“Sorry all. Aku baru habis kelas ni. So, macam mana? Dah settle ke semua?”

“Kalau kau boleh take turn pagi, kira ok la tu. Tengahari within 12 to 1p.m je yang tak ada orang nak jaga.”

“I’ll be there, then. Kelas sampai 12. Nanti Dee terus pergi booth.”

“Mee too!”Dee toleh. Lee tengah sengeh-sengeh.

Qiqi senyum-senyum. Firdaus pun pandang-pandang semacam. Dee buat tak tahu je.

“Oklah! Finish discuss. Jom balik!”Dan semua ahli bersurai.

Penglipur cerita:

Dan malam tu,sebab penat sangat Dee pun tidurlah terus. Tapi, pagi esoknya, awal-awal lagi handphonenya bising memekak. Ada mesej masuk. Dee pun terjaga. Pukul 5.45 pagi. Siapa yang mesej subuh-subuh ni? Mesej dibaca.

Morning! Da bangun?

Dee genyeh-genyeh mata. Lee mesej pagi-pagi buta ni? Apa kes? Mata pejam, tapi mesej tu dibalas juga. Biasalah… aksara pada key pad handphone tu dah dihafalpun. Bukannya susah sangat!

Morning! Awalnya bangun? Heheh.. baru je bangun ni.

Sent! Dan Dee terlentuk balik. Tapi, tak sampai seminit, satu lagi mesej masuk.

Dah solat subuh?

Alamak… nak balas apa ni? Tak kan nak cakap tak boleh kot? Dee garu-garu kepala.

Dee baru bangunlah… nak siap-siaplah ni =p mesej nanti ye?

Mesej itu dihantar. Dee pulak terus sambung tidur. Awal lagilah katakan…

                Aku pandang kertas yang dah berconteng tentang kenangan kami. Tak boleh jadi, kalau begini lagi banyak rahsia aku akan terbongkar nanti. Lalu, tanpa ragu-ragu aku campakkan kertas itu ke mulut tong sampah yang kelaparan. Biarkan, nanti aku akan tulis semula. Lebih baik dari bercerita tentang kenangan kami. Aku tahu nanti aku akan malu.

                Aku menguap kepenatan. Jam di dinding aku kerling. Sudah pukul enam pagi. Aku bangun berkira-kira untuk solat. Sudah lewat jika diikut-ikutkan. Bukankah elok jika bersolat di awal waktu dan tidak melengah-lengahkannya?

                Usai bersolat, aku memandang kerusi kosong dan meja belajarku silih berganti dengan katil yang memenuhi hampir separuh dari ruang sempit bilikku. Kipas berpusing nyaman membuatkan mata aku semakin layu dan berat. Aku menguap lagi sehingga mengalirkan air mata.

                Aku tahu aku kepenatan tapi cerita untuk hadiah harijadi itu masih belum kutulis. Aku menggeleng-geleng sendiri, kecewa dengan prestasiku sendiri. Sama seperti lalang, tidak pernah tetap dengan satu keputusan. Perasaanku begitu senang berubah. Aku menarik nafas berat.

                Aku tetap diri aku, seorang yang mengambil mudah semua perkara tetapi memandang sesuatu perkara tersebut dengan cara yang paling kompleks. Itu aku. Kerana aku sememangnya begitu, aku terus menyerbu ke katil. Aku mahu tidur dan tidak mahu diganggu sehingga pukul satu tengahari nanti. Aku tersenyum sendiri.

                Dalam hati aku berbisik sendirian, ‘Kanda, izinkan Dinda beradu sebentar. Dinda mahu bermimpi mencari ilham lagi. Tunggu, Dinda tetap akan menghadiahi Kanda dengan cebisan-cebisan karangan istimewa di hari ulangtahunmu. Dinda janji! Kanda tunggu sehingga Dinda bangun tidur ye sayang?”

                Akhirnya, aku tetap melelapkan mata dengan berhiaskan sebuah senyuman di wajahku. ‘Esok masih ada untuk aku mencari waktu dan ruang berkarya khas buat dirimu.’ Tegas aku sebelum betul-betul diulit lena indah. Aku yakin dengan keputusanku itu.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Benar-benar eksprimental ni
  • 2) haha..memang ader time2 buntu giler cari idea..
  • 3) hmm.
    terlalu emotional attach hingga ceritanya longgar meleret. hehe.

  • (Penulis)
    4) upenyu: Ye, saya cuba bereksperimental. Bercerita tentang cerita di dalam cerita. hahahha.
    rain: tau tak per~~~~
    cahatomic: hahahha, memangpon~~~ huhhuhu, cerita yang lebih ditujukan untuk diri sendiri kot? hoohohoh....*sambil ketuk2 diri sendiri dengan lembut dan tak sakit* hehhe. kidding.
  • 5) tengah melayan sangat perasaan ni. hehe

    kalau biar perasaan tu dah pelan sket, then reread benda ni.
    cut cut cut mana yang tak perlu dan ketatkan sket.

    wowww!
    sebab bab-bab nak bercerita, dayya bukan masalah lagi. flow like water je dah. hehe. tang plotting diaaa tuuu yang....
  • 6) alaaa u..
    tulis kisah cinta kita je aa ...
  • 7) hmm... tu lah mmg experimen ni.. rasa cam xsabar nk baca kisah cinta lee dan dee je.. apa kata dayya sambung citer tu je.. hehehe...

  • (Penulis)
    8) enarif: hahaha u citer kiter cinta giler~~~ i tamaw dihantar ke tanjung rambutan. hakhakahak
    shazmiey: hukhukhuk.. citer cinta lee dan dee tu dah tak mo sambung dah~~~ haha, kantoi lah i nanti~~~banyak sangat wat jahatnyer~~~hikhikhik
  • 9) sayanggg..i xsempat lg bace kesah cinta kita ni..

    nanti i bace ek~~ ihiks!
  • 10) oke dah baca. abg silat?? wow! i loikeeeeeeeeeee.ihiks ihiks

  • (Penulis)
    11) hehehe~~~ ah kamu malu i~~~~ tapi i tetap sayang u taw! hikhikhik
  • 12) cerita dalam cerita..haishh..byk tol idea krg ni nk bt cite kn??btw ahli Silat Cekak Hanafi ke?if yes then kite supe..sy da tamat da..hihi

  • (Penulis)
    13) vetomafia: hehe, ye saya ahli cekak hanafi. sep! sep! saya pon dah tamat. kamu dah amek srp?
  • 14) dayya: wah..supela kite nih..member cekak hanafi..srp?dah awak?taun bile ek tamat?saye 2004..cawangan UTEM,Melaka

  • (Penulis)
    15) HEHEHEH, eh saya ni budak2 lagi.belum amik srp sbb bz, tak fix ngan schedule. cawangan uia tamat tahun 2008. baru tahun lepas je. hikhikhik

Cerpen-cerpen lain nukilan dayya

Read all stories by dayya