Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Surau di kampung sentiasa sahaja meriah, tapi budaya mengunjungi bomoh ini masih subur. Lama Hafiz mematung di warung Pak Leman memikirkan tentang benda-benda mistik tu.
Hafiz berhijrah ke kampung kerana berhenti kerja di kota. Sejak tiga hari Hafiz di sana, banyak misteri dan mistik yang dia dengar hingga runsing difikirkannya kerana terlalu banyak persoalan. "Malam ini, baru Hafiz terlihat tangkal yang melilit tengkuk Malik, tangkal besar yang menjadi sebutan Azira." Terjawabkah segala persoalan yg bermain di fikiran Hafiz?
Hafiz meneguk kopi susu yang masih berasap di atas meja. Lelaki berusia 25 tahun itu asyik sekali merenung meja kayu Pak Leman, pengusaha kedai kopi di Kampung Seri Melaka. Mata Hafiz tertancap pada semut-semut yang berjalan dalam satu barisan lurus. Entah apalah rezeki kumpulan semut itu pada hari ini. Mungkinkah biskut ataupun gula yang tertumpah?
Hari masih awal, belum mencecah jam 9 pagi. Sementelah lagi kalau dikira pada hari minggu begini. Seingat Hafiz, jarang benar dia bangun jam 7 pagi di kota. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Kali ini, semua itu bakal berubah.
Kemerosotan ekonomi membuatkan Hafiz memilih untuk diberhentikan daripada pekerjaanya sebagai seorang akauntan. Eloklah kerana diapun sudah penat dan ingin melarikan diri seketika daripada kesibukan hidup di kota. Tempat yang paling sesuai tentulah kampungnya sendiri.
‘ Abang Ngah betul ke nak duduk kampung?’ Azira bertanya saat Hafiz menyampaikan khabar yang dia ingin pulang ke kampung.
‘ Betullah. Kenapa?’
‘ Kenapa Abang Ngah? Tak seronok ke duduk KL?’ emosi yang dikesan pada rendah-tinggi suara Azira bercampur-baur. Ada terkejut, gembira, teruja dan selebihnya rasa ingin tahu.
Entah mengapa begitu ramai yang merasakan kehidupan di kota yang serba mencabar seperti Kuala Lumpur menyeronokkan. Kalaulah mereka tahu tentang cabaran, sisi gelap dan wajah sebenar kota itu, semestinya mereka kecewa. Cerita di kota besar tidak seindah lampu neon yang tetap setia menyinari segenap pelusuk kota. Lebih banyak cerita duka dan derita berbanding ketawa.
‘ Assalamualaikum,’ sapaan salam mengejutkan Hafiz dari lamunannya. Sesusuk tubuh yang mengenakan baju kemeja rona coklat duduk di depannya.
‘ Eh Abang Samad,’ Hafiz bangkit dari duduk lalu disambutnya tangan lelaki di depannya yang sedang tersenyum, memaparkan barisan gigi yang putih. Sudah lama Hafiz tidak bertemu dengan Samad, tukang kebun di sekolah yang berdekatan.
‘ Nak ke mana ni bang?’ mata Hafiz meliar memerhatikan pakaian Samad. Berseluar khaki dengan jaket, seolah-olah ingin berburu.
‘ Ni ha..’ Samad melabuhkan punggung ke atas kerusi kayu di warung Pak Leman yang sudah usang ditelan waktu, ‘ nak ke hutan. Nak memburu ayam hutan. Bang, kopi susu satu!’ laung Samad kepada Pak Leman.
Ayam hutan?
‘ Untuk apa bang?’ tanya Hafiz termangu-mangu. Seingatnya, bukan tradisi di kampung ini untuk pergi berburu ayam hutan.
‘ Siti…anak aku yang nombor tiga tu nak periksa PMR bulan depan. Ayam tu untuk hantar ke Wak Jalil, minta dia jampikan supaya lulus si Siti tu,’ ujar Samad dengan wajah yang begitu serius.
Hafiz serba-salah. Dia tidak pasti samada hendak tertawa atau didiamkan sahaja. Bomoh? Minta bomoh jampikan anak lulus peperiksaan? Pada tahun 2009? Hafiz tersilap dengarkah atau memang ini terjadi? Adakah Wak Jalil sebenarnya sudah buka pusat tuisyen di kampung ini?
Bagi menyorokkan senyum yang beraja di wajah, Hafiz meneguk lagi air yang masih berasap. Beginilah orang kita, masih lagi taksub dengan bomoh. Yang sedihnya, bukan hanya terhad kepada satu bangsa sahaja. Kelihatan seolah-olah semua kaum masih begitu taksub dengan perkara-perkara yang berunsurkan mistik.
Sebelum Hafiz meletakkan jawatan, dia sudah mendengar cerita sebegini. Cuma, kes yang didengar Hafiz itu berkisar mengenai kes perceraian. Seorang rakan bernama Adam sedang bersungguh-sungguh mencari bomoh, mahu rebut kembali isteri yang sudah nekad mahu minta cerai.
‘ Kau tak kenal ke mana-mana bomoh Hafiz?’ Adam bertanya dengan wajah terkandung kerisauan.
‘ Err…,’ gagap Hafiz jadinya.
‘ Aku nak 'tengok' la bini aku tu. Aku rasa dia ni dibuat orang, takkanlah tiba-tiba saja dia nak minta cerai?’ bertambah lagi kerut di dahi Adam.
Begitulah manusia. Tak pernah mahu menilik kesalahan sendiri. Hafiz tak salahkan isteri Adam, Salina kerana mahu minta cerai. Siapa tahan kalau suami tukar kerja seperti tukar baju? Bukan Adam yang sibuk mencari rezeki, Salinalah yang menggalas tugas sebagai pemberi nafkah dalam rumah itu. Adam pula, sering keputusan duit.
Tiba-tiba, Samad berdehem. Terkejut Hafiz, hampir sahaja cawan di atas meja tertolak ke lantai.
‘ Aku bukan apa. Siti tu keputusannya bagus. Kalau boleh, aku nak dia belajar tinggi-tinggi. Macam kamu.’
Hati Hafiz jadi sayu. Murni niat Samad tetapi niat tidak menghalalkan cara.
‘ Kamu pula, nak ke mana Hafiz?’
‘ Tak ke mana-mana. Saja nak jalan keliling kampung.’
‘ Lama kamu cuti?’ mata Samad tajam menatap wajah Hafiz. Serba-salah jadinya pemuda itu. Perlukah Hafiz berterus-terang tentang kedudukannya atau diamkan sahaja?
‘ Cuti panjang, bang. Saya dah berhenti kerja,’ ujar Hafiz tersengih-sengih. Ah, apa sangat yang nak dimalukan. Eloklah jujur daripada memakan diri di kemudian hari.
Samad cuma tersenyum penuh makna. Sudah ramai anak muda di Kampung Seri Melaka yang berhijrah ke bandar. Ada yang menjadi, ada yang pulang semula ke kampung dengan penuh kekecewaan. Tidak semua yang pergi berjaya membawa cerita kejayaan. Lagi-lagi pula dengan keadaan ekonomi yang begini.
‘ Ekonomi tak elok ni Hafiz. Aku tau.’
Hafiz tersengih. Jangan kata orang kampung tidak baca suratkhabar.
‘ Aku pergi dulu la Hafiz. Ada berjanji dengan orang ni,’ Samad menghirup kopi susu yang masih bersisa.
‘ Yelah bang. Jalan baik-baik.’
Lama Hafiz mematung di warung Pak Leman. Macam-macam yang bermain di fikiran Hafiz. Sepanjang tiga hari Hafiz di kampung, surau sentiasa sahaja meriah. Tetapi, mengapa budaya mengunjungi bomoh ini masih subur?
Semasa arwah ayah Hafiz masih hidup, selalu juga arwah merungut tentang bagaimana penduduk kampung begitu percaya dengan bomoh. Kalau anak demam sedikit, dibawa jumpa bomoh. Yang ingin menghadiri temuduga juga begitu. Hafiz pasti banyak belanja yang perlu dikeluarkan oleh Wak Jalil untuk menggantikan tangga setiap tahun. Bayangkan betapa sibuknya keadaan di rumah Wak Jalil bila tiba musim peperiksaan. Patutlah gigi emas Wak Jalil sudah bertambah daripada satu menjadi empat.
Rata-rata penduduk kampung mengatakan yang itu adalah usaha mereka. Lagipun, bomoh di Kampung Sri Melaka dibantu oleh jin Islam. Pasti tiada salahnya, tambah para penduduk kampung.
Hafiz bingung mendengar hujah-hujah melibatkan jin Islam. Sekalipun jin yang digunakan didakwa beragama Islam, bagaimana pula dengan kenyataan yang sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia? Pening Hafiz jadinya bila perkara berunsurkan tahyul dan soal agama sudah bercampur-aduk.
Yang lebih membingungkan Hafiz bila dilihat ahli baru dalam keluarga, Malik juga begitu gemar mengunjungi bomoh. Malah, Malik menggunakan khidmat bomoh untuk menetapkan tarikh nikah dengan Hamizah, kakak Hafiz.
‘ Kalau ayah masih ada, mesti dia tak setuju.’
‘ Kamu ke tu Hafiz?’ terdengar suara emak dari arah dapur. Ah, Hafiz bercakap seorang diri pula. Entah dari mana dia sudah mula bercakap sendiri. Jangan-jangan, sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
* * *
Hafiz sungguh tidak senang duduk. Malam ini, baru Hafiz terlihat tangkal yang melilit tengkuk Malik, tangkal besar yang menjadi sebutan Azira. Tidak perlulah ditanya apa yang ada di dalam balutan kain hitam di leher Malik kerana Hafiz tidak mahu tahu. Entah-entah, Malik sendiri pun tidak tahu apa kandungan tangkal di lehernya.
Selepas sahaja makan malam, pantas sahaja Hafiz keluar. Tidak tahan rasanya melihat Malik dan tangkalnya. Mahu sahaja Hafiz menerkam Malik di situ juga, bersoal-jawab tentang perihal tangkal tetapi pasti cara itu tidak akan berjaya. Teringat kata-kata arwah ayah yang mengingatkan supaya sentiasa cuba menegur dan mencari penyelesaian secara bijak.
‘ Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.’
Hafiz mesti cari akal. Kalau tidak dapat menukar pendirian seluruh kampung, biar sahaja Hafiz bermula dengan keluarganya sendiri.
* * *
Semakin hari, Hafiz semakin terbiasa duduk berehat di warung Pak Leman. Bukanlah melepak tidak tentu hala cuma di warung itulah tempat Hafiz melepaskan lelah selepas seharian di kebun ataupun selepas sudah solat Isya’.
Apa yang dapat Hafiz perhatikan, Malik sering sahaja bercerita tentang kehebatan bomoh-bomoh yang dikenalinya di warung Pak Leman. Ada sahaja cerita yang dijaja. Contohnya, kebun yang subur dek usaha ‘memagar’ oleh bomoh ini, kehebatan bomoh yang satu ini pula yang dapat ‘membedah-siasat’ apa sahaja masalah atau bagaimana bomoh yang lain pula tidak pernah gagal menyatukan pasangan yang sudah bercerai. Itu belum lagi cerita tentang budak sekolah yang dahulunya tidak bijak, kini sudah jadi pelajar cemerlang. Semuanya kerana jampi-serapah bomoh.
Terlopong juga Hafiz mendengar cerita-cerita Malik. Bukan kerana percaya tetapi boleh dikatakan semua cerita Malik mempunyai jalan cerita yang cukup menarik. Penuh dengan mimpi-mimpi indah belaka.
Sedikit-sebanyak, Hafiz perasan yang Hamizah sudah turut terikut-ikut akan perangai Malik. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Hamizah yang sedang mengandung. Dua hari lepas ketika Hafiz ke rumah Hamizah, kelihatan tubuh kakaknya itu dihiasi dengan pelbagai ‘perhiasan’. Di lengan Hamizah, terikat tangkal merah. Yang di leher pula, yang berwarna hitam.
‘ Untuk keselamatan anak kami,’ jelas Hamizah dengan ceria.
‘ Tak boleh jadi. Aku mesti buat sesuatu.’ Hafiz sudah tekad.
Hafiz tidak perlu menunggu lama apabila Malik perlu pulang ke kampung sempena kenduri adiknya ingin bertunang. Hamizah pula tidak dibenarkan turut serta kerana risau tentang kandungan yang baru berusia 4 bulan. Maka, Hafiz pun menginap di rumah kakaknya itu.
Semuanya berjalan seperti biasa. Semua aktiviti harian tidak sedikit pun berubah. Hamizah tidak banyak kerenah tetapi itu tidak bermakna Hafiz boleh lepas tangan. Apa sahaja yang boleh dilakukan Hafiz, dia akan membantu. Kalau boleh, Hafiz tidak mahu apa-apa pun terjadi pada Hamizah kerana dia sangat gembira. Bayi dalam kandungan Hamizah bakal menjadi anak saudara Hafiz yang pertama, juga cucu sulung dalam keluarga ini. Itulah yang membuatkan Hafiz begitu teruja. Orang tiada zuriat sendiri begitulah, tumpang gembira zuriat orang lain.
Hamizah hanya tersenyum melihatkan Hafiz yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh membantu kerja rumah. Sepanjang tiga hari Hafiz di rumah, ada sahaja yang ingin dibantu. Kadang-kala hingga lemas Hamizah dibuatnya.
‘ Duduklah dulu, Hafiz. Tak penat ke kamu?’ Hamizah menyapa sambil tangannya rancak menggoreng cucur untuk sarapan pagi. Cucur adalah makanan kegemaran Malik dan mengikut perkiraan, dia akan sampai petang ini. Hamizah mengingatkan diri sendiri supaya tidak menghabiskan tepung untuk cucur.
‘ Eh tak apalah kak. Saya nak menyapu sikit saja ni.’
‘ Hish, yang itu kakak boleh buat sendiri. Bukannya berat pun. Kakak ni mengandung Hafiz, bukannya dah jadi OKU,’ usik Hamizah. Hafiz hanya tertawa.
‘ Ha lupa pula kakak. Tak ada pula kakak lipat baju kamu. Kamu dah simpan siap-siap ye?’ mata bundar Hamizah mencerlung ke arah Hafiz.
Tangan Hafiz yang memegang batang penyapu, terhenti. Dia tidak mahu menipu.
‘ Abang Malik balik bila kak?’
‘ Hari ini rasanya. Hari ini hari Khamis kan?’ Hamizah mencedok tepung di dalam bekas plastik ke dalam kuali.
‘ Ye kak.’ Lega hati Hafiz. Mujur Hamizah tak perasan tindakan Hafiz yang sengaja mengubah topik perbualan.
* * *
Seperti yang dijangkakan, Malik pulang pada petang hari yang sama. Malik kelihatan penat tetapi digagahkan juga untuk berbual dengan Hafiz.
‘ Terima kasihlah Hafiz, temankan kakak kamu,’ ujar Malik sambil mengambil cucur di bawah tudung saji. Hamizah menggoreng cucur awal petang sedangkan Malik tiba hampir jam 6. Malik tidak berkira sangat kalau makanan yang dihidangkan sudah sejuk. Asal ada kudapan, sudah lebih daripada cukup untuk Malik.
‘ Bukan orang lain, bang. Kakak saya juga. Macam mana kenduri di sana?’ Hafiz sengaja berbasa-basi.
Hamizah pula sudah hilang dari dapur. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan akan bungkusan yang diserahkan oleh Wak Jalil ketika ketiadaan Malik. Diam-diam dia melangkah ke bilik yang sedang diduduki Hafiz untuk mengambil pemberian Wak Jalil. Dibiarkan sahaja Malik berbual dengan Hafiz malah Hamizah sendiri tidak ambil kisah sangat tentang perbualan mereka. Apa sangatlah yang difahami Hamizah tentang dunia lelaki.
Pantas sahaja kaki Hamizah ke bilik Hafiz. Biarlah dia cari sendiri bungkusan itu, malas mahu mengganggu Hafiz.
Pelik juga Hamizah bila bilik yang didiami Hafiz tertutup rapat. Hamizah dan Malik selalunya membiarkan sahaja pintu bilik ini renggang untuk pengudaraan. Berbau bilik jadinya kalau sering tertutup. Dikuaknya pintu sedikit dan tiba-tiba Hamizah sesak nafas. Alangkah terkejutnya dia bila dijenguk ke dalam bilik Hafiz.
‘ Hafiz!’ langsing suara Hamizah melaung nama adiknya yang seorang itu.
Hafiz tersenyum. Malik pula tersedak. Tidak pernah didengarkanya suara Hamizah langsing begitu.
‘ Kak?’ Hafiz berlagak tidak tahu. Pantas sahaja kaki Hafiz melangkah ke ruang atas, ke bilik yang sedang didiami. Hamizah sedang bercekak pinggang di dalam bilik yang didiami Hafiz.
‘ Budak bertuah. Kamu ni dah kenapa? Siapa yang ajar kamu jadi pengotor begini?’
Hafiz memang tahu yang Hamizah tidak akan tahan dengan kotoran. Memang Hamizah sangat tidak suka kalau seseorang itu pengotor. Biar berbaju lusuh tetapi tidak sekali-kali kotor. Yang paling membuat darah Hamizah menyirap kalau adik-adiknya berbau. Itu memang tabiat Hamizah sejak kecil lagi.
‘ Kenapa kak?’ Hafiz masih lagi buat-buat bodoh.
‘ Ish budak ni. Ni, kain baju kamu ni. Kenapa tak dibasuh? Patutlah kakak tak nampak satu pun baju kamu dalam baldi. Kenapa kamu longgok di sini?’ Wajah Hamizah sudah merah padam.
‘ Alah kak. Rileks la. Bukan saya tak nak basuh. Tengok la kotoran di baju saya tu.’
‘ Ha tau pun. Bukan saja kotor, berbau lagi,’ Hamizah memegang seluar Hafiz dengan hujung jari sahaja. Terdapat bekas tanah yang sudah mengering pada seluar Hafiz. Masih jelas di ingatan Hafiz bagaimana dia sengaja henyakkan punggung pada lumpur untuk dapatkan kesan yang begitu.
‘ Tiga hari kamu di sini, sehelaipun baju kamu tak kamu basuh?’ Hamizah masih tidak berhenti bertanya. Dia cuba mengawal kemarahan. Malik pula diam membisu di tepi pintu, tidak mahu melibatkan diri dalam permasalahan antara dua-beradik itu.
‘ Dahlah tak dibasuh. Baju ke kebun dan baju biasa pun kamu campur?’
Hafiz tersengih.
‘ Apa yang kamu sengih-sengih tu?’
Hafiz merasakan masanya sudah sampai.
‘ Takdelah kak. Saya lihat teruk sangat kotoran di baju tu, saya rasa nak hantar pegi bomoh je,’ Hafiz menjawab dengan wajah selamba.
Hamizah tersenyap. Malik tersandar ke dinding. Tiba-tiba tawa meletus dari mulut pasangan suami isteri itu. Hafiz berpura-pura tidak faham.
‘ Eh, kenapa ni?’
‘ Hafiz, mana ada orang hantar kain kotor pada bomoh?’ Malik mengesat air mata, terlalu asyik dia ketawa.
‘ Entahnya Hafiz. Jangan mengarutlah,’ tambah Hamizah pula.
‘ Kenapa pula kak? Wak Jalil kan ada macam-macam kebolehan?’ Hafiz sedang cuba sedaya-upaya untuk tidak tersenyum.
‘ Yelah, tapi Wak Jalil bukan pengusaha kedai dobi. Macam mana dia nak bersihkan baju kamu?’ kata Malik yang masih belum berhenti tertawa,
‘ Eh kenapa pula tak boleh? Kalau Wak Jalil boleh buat pelajar sekolah lulus peperiksaan, takkanlah tak boleh dia jampi baju saya sampai bersih?’
‘ Merepek la kamu ni Hafiz. Dia tu bomoh, mana ada kuasa macam tu. Kalau nak bersih, kenalah basuh’
Sebaik sahaja ayat itu keluar dari mulut Malik, lelaki itu terdiam. Hamizah memandang wajah suaminya sambil memegang tangkal di lengan kiri. Hafiz pula tersenyum sinis.
‘ Jadi, dia tak ada kuasa begitu?’ ulang Hafiz, sengaja menabur garam ke atas luka yang sedia ada. ' Maksud abang, baju ini semua saya perlu bersihkan dengan usaha saya sendiri?'
Melihatkan Hamizah dan Malik yang diam seribu bahasa, Hafiz tahu perangkapnya sudah terkena.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen SatiraCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) ouh... hafiz ni bijak. kalo bomoh tu gna ayt quran mintk tolong x?
or dia separoh quran separoh bantuan "org laen".- rama_rama
- 15 years ago
-
2) rama_rama: ouh entahlah sbb hafiz dan penulis tak pernah lagi jumpe wak jalil ;P
- uculer
- 15 years ago
-
3) hahaha! kamu pena jumpe bomoh x? (bukn wak jalil)
- rama_rama
- 15 years ago
-
4) masa kecik-kecik dipaksa jumpe bomoh waaa!
tp pegi sendiri takat ni belom lagi
anda?- uculer
- 15 years ago
-
5) hakhakhak! ms final year 2 thn lps..
accident, semnggu hilng smgt.. (nanges x bhnti2)
dipksa jumpa bomoh.. bomoh tu tau kisah silam sy.. hohoho..
so.. bomoh bole caya ke x?- rama_rama
- 15 years ago
-
6) rama_rama: ouh ye ke? alahai kesiannya. skarang dah oke?
entahlah rama_rama. kalau saya diberi pilihan, saya nak pegi ke darussyifa'.
percaya atau tak? hurm kita cuma berusaha, yang menentukan jadi ke tidak itu kan Dia?- uculer
- 15 years ago
-
7) huuu.. skrg da ok.. >_<
tp sy rs bukn baek sbb jmpe dia, tp sbb sy da bole pk rasional.. cerpen ni amek bpa lma utk disiapkan? (mau kira2 kalo mmpu)- rama_rama
- 15 years ago
-
8) ha tu la tu
eh kenape pulak tnaye duration nak siapkan? mcm aneh je soalan ni- uculer
- 15 years ago
-
9) sbb mcm.. err.. berkeinginan untk menulis cerpen2.. tp mcm sgt mls kalo amek ms berhari2 utk disiapkan..
bese kamu wat cerpen bape ari? >_<- rama_rama
- 15 years ago
-
10) oo begitu
sebenarnya nak buat cerite bergantng pad tukang tulisnye
mcm saya ni sbb saya keje, jadi proses menulis dlm otak lagi lama dari menaip
kalau rajin dan betul-betul serius (takde keje nak buat)
beberapa jam pun boleh siap
yang penting idea tu saya kene susun elok dulu kalau tak mmg saya tak mampu la nak tulis sekejap
sungguh, tak sampai beberapa jam pun kalau fokus
ish jgn malas. kami tunggu karya kamu rama_rama!- uculer
- 15 years ago
-
11) ok dah baca. mmg budaya jumpa bomoh ni masih tebal dari org kg, org bandar, artis, politik ppl, sapa2 je yg percaya dan mahu percaya..so kena tanya diri sendiri percaya pada siapa?
- mosh
- 15 years ago
-
12) mosh: time kaseh bace (slps kene paksa). tu la. yg penting kene tanye diri sendiri
- uculer
- 15 years ago
-
13) ok...idea bagus. rasanya ini yg pertama saya jumpa di kapasitor
tapi sesetengah ayat yg digunakan mcm nak bagi khutbah kpd pembaca. contoh:
1)"Entah mengapa begitu ramai yang merasakan kehidupan di kota yang serba mencabar seperti Kuala Lumpur menyeronokkan. Kalaulah mereka tahu tentang cabaran, sisi gelap dan wajah sebenar kota itu, semestinya mereka kecewa. Cerita di kota besar tidak seindah lampu neon yang tetap setia menyinari segenap pelusuk kota. Lebih banyak cerita duka dan derita berbanding ketawa.
2)"Begitulah manusia. Tak pernah mahu menilik kesalahan sendiri. Hafiz tak salahkan isteri Adam, Salina kerana mahu minta cerai. Siapa tahan kalau suami tukar kerja seperti tukar baju?"
- kamalia
- 15 years ago
-
14) kamalia: ouh erm tak boleh eh? mcm mane eh nak betolkan? ade cadangan?
- uculer
- 15 years ago
-
15) wah, bukan main ligat sekarang menulis ya ucu. hampir setiap minggu keluar cerpen baru. bagus, bagus... ini yang kita mahukan. hehe...
kali ini rentak penulisannya tenang. saya kira ucu benar-benar faham apa yang ingin disampaikan. teruskan menulis!
- ridhrohzai
- 15 years ago
-
16) eh, boleh...tak salah pun sebab terpulang kpd penulis tu sendiri. tapi kadang2 ayat mcm ni, impak kpd pembaca kurang sikit la. selalunya, sesetengah penulis kalau nak elak drp "berkhutbah" dlm penulisan mereka, mereka gantikan dgn dialog.
cth: amir seorang pemuda yang tampan (ayat naratif)
boleh tukar kpd
"tampan sungguh lelaki tu. siapa dia?" "itu la amir"
ucu, awak blh rujuk link ni utk maklumat lanjut. tapi, apa2 pun semuanya terpulang pd kreativiti masing2. tak perlu terikat sgt. ikut keselesaan.
http://sasteraislami.blogspot.com/2009/09/babak-mungkar-ditulis-menggunakan-ayat.html
http://sasteraislami.blogspot.com/2007/07/ketampanan-lelaki-dalam-surah-yusuf.html
http://sasteraislami.blogspot.com/2007/07/teknik-menggambarkan-ketampanan-lelaki.html
- kamalia
- 15 years ago
-
17) ouh time kaseh kamalia sudi kongsi ilmu. baik akan digunakan utk masa akan datang. cume ayat-ayat tu nak ingatkan penulis, mmg tade niat nak berkhutbah
- uculer
- 15 years ago
-
18) wah, terima kasih kamalia untuk perkongsian itu...
- ridhrohzai
- 15 years ago
-
19) nice
@ kamalia : thanks for sharing the info and knowledge.- cmalays
- 15 years ago
-
20) yeah! saya dah jumpa ayat cliche dalam penulisan melayu di sini .." melabuhkan punggungnya."" yeahooo gembiranya!!
jangan marah yea cik ucu. TQ!!
- Kurusawa
- 15 years ago
-
21) cmalays: time kaseh baca
kurusawa: ouh tak mengapa ). adakah ini cubaan untuk cuba mengesan kesalahan orang atau saya perlu berbangga dengan keadaan ini?
tolong terangkan. kurang faham- uculer
- 15 years ago
-
22) Wah ucu pun dah makin power skang. mantop!
- rearrange
- 15 years ago
-
23) aku belajar dari yang pakar (semua ahli kapasitor yang rajin berkongsi ilmu)
heh kau juga rere- uculer
- 15 years ago
-
24) wow
ilmiah habis cerita ucu
mesejnya pun sangat ..... jelas!
ko sure kau tak salah kerjaya jadi info analyst?
apsal aku tetiba rasa kau patut jadi guru.
atau kerja di BTP ke DBP ke.
terkejut doh. aku tertunggu2 juga kalau ada lawak bodoh di akhiran.
sekali .. dah ending.
erk. .. wow!
cikgu uculer. cikgu kehidupan! hehe.
oh ya. ustazah aku ckp dulu. perubatan pakai jin xleh kalau jin tu dihambakan. baik islam baik kapiaq. kebanyakan bomoh ni hambakan jin.- cahatomic
- 15 years ago
-
25) caha: cikgu? haha gile kau! ghamai la budak yang kene cubit (byklah saman aku dapat) kalau aku jadi cikgu. aku tak layak weih jadi cikgu. sampai hati kau bajet aku buat lawak. dusyum! dusyum!
ooo baru tau pasal jin tu. maseh caha.- uculer
- 15 years ago
-
26) your story is nice and good. saya cuma tak dapat tahan diri apabila terjumpa ayat "melabuhkan punggung" yang sering digunapakai oleh banyak penulis Malaysia. Itu saja. Saya minta maaf kalau terguris perasaanmu.
- Kurusawa
- 15 years ago
-
28) xpenah jumpa bomoh tapi setakat basuh baju patutnya Wak Jali tu selamba je la. pegi htr dobi senyap2! muahahaha
- syud
- 15 years ago
-
29) syud: main tipu la kau ni kan? hahahahhaha
- uculer
- 15 years ago
-
30) Tenang jee.... best!~ ada mesej ^_^ bila saya dpt sampai tahap ni?
- koizumi
- 15 years ago
-
31) hahha. kelakar komen syud ;p
kamalia: mekaceh info tuh, byk yg boleh di amek dr link tuh
btw,citer yg menarik, sbb ucu sllu cube bda yg lain, genre yg len- rObOt
- 15 years ago
-
32) koizumi dan robot: time kaseh baca.
- uculer
- 15 years ago
-
33) Ucu. Gile kagum aku bace cerite ni. Pengajaran kat dialog last jer. Leretan yg tetbaik! Tahniah hafiz
- xr
- 15 years ago
-
34) xr: time kasih la sudi mengkomen
- uculer
- 15 years ago
-
35) ucu mmg ucu. tulisan sentiasa meletup!
saya dengan ini mengishtiharkan diri sebagai peminat ucu!
nak otograf bleh? hehehe- dayya
- 15 years ago
-
36) dayya: jgn ckp mcm tu dayya. segan la i. time kaseh sudi baca
- uculer
- 15 years ago
-
37) wah meletup ek cerpen ni..patutlah suruh paktam komen..cess..setuju dgn komen kamalia..nice job tp sy tahu ucu can do more better kan..ramuan dah cukup,rasa pun ok..tinggal masak tu sket je lagi..aik paktam ni fislosofi ape ni..adeh..
- paktam85
- 15 years ago
-
38) ouh time kasih paktam
ni cubaan pertama, semoga percubaan lain lebih baik lagi
haha tipu sgt tadi kata nak kerja. lps tu nampak macam ade 7 minit lagi haha
tengs paktam- uculer
- 15 years ago