Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

zaman penjajahan mahluk asing

 

hari kamis, bos aku panggil aku seraye berkate: “hari jumaat ko pegi handle fail kat high court Ipoh buleh?”

aku yg terkenal dgn ketaatan tanpe berbelah bahagi dicampur ditolak atau didarab dengan segale macho nye menjawab: “buleh”.

jumaat 1.45am aku sampai ipoh. lantas aku tido sebab ngantuk. sok paginye kul 8.45am aku sudah sampai ke court dengan penoh semangat seolah2 baru malam td aku kawin.

aku pon mule memasang/memakai bip di tengkuk aku… sejak january 2008 baru beberape kali aku pakai bip ni…

bagi korang yg tak tau apekah itu bip, bip adelah sejenis aksesori tande kebesaran, kehormatan dan kemulian (dan juge kemachoan + keangkuhan) kepade si pemakainye… (ahaks!)

lepas selesai tu aku lepak hanging around bersame Tuan R. pade hemat aku, umur beliau around 50. beliau adelah seorang perokok tegar, manekale aku adelah perokok sekunder, iaitu berisiko mendapat kanser paru2 dari sedutan asap rokok melalui 2 bijik lubang idung aku.

pagi itu aku sarapan pagi bersame tuan R. beliau telah memperkenalkan aku dengan menu hidangan breakfest yg ‘ntah-hape2-tapi-sedap-boleh-la-layan’. begitu jugak minuman yg diperkenalkan.. dengan izin, aku skali lagi ingin menyatekan bahawe minuman tersebut adelah ‘ntah-hape2-tapi-sedap-boleh-la-layan’.

sesambil makan tu beliau lancar bercerite tentang pengalaman2 drastik dan kejayaan2 besar beliau. aku pun yg dilahirkan dalam keadaan ramah ni terus memanaskan topic beliau dengan seribu pertanyaan itu ini. Ia bagaikan menuang minyak petrol tanpa plumbum ke unggun api marak yg dibuat oleh sepasukan pengakap di hutan lipur.

tetapi api marak tu akhirnye padam kerane dihembus oleh bigfoot yg tetibe dtg entah dari mane. mungkin juge dari arah selatan. akhirnye bigfood tu mati ditembak oleh ketua pengakap. kesian bigfoot tu.

kemudian tuan R telah membawe aku menelusuri ruang2 bangunan court yg serba antik tu… beliau tahu2 je setiap lorong2 rahsie di bangunan lame tersebut. aku merasekan aku seperti di dalam citer indiana jones atau pun citer ‘pe-ntah-yg-aku-tak-tau-nk-habaq-mai’ kat korang.

aku dibawe berjumpe dengan seorang librarian kepade yang arif. beliau (encik ismail) sgt arif tentang reported cases dan law journals. aku melihat2 buku2 klasik yg byk kat situ, macam librari ortodoks kat mane ntah ‘aku-pun-tak-tau-nk-habaq-mai’.

encik Ismail memberitahu aku MLJ tak semestinye bermaksud Malayan Law Journal, tetapi kdg2 bermaksud Madras Law Journal. hah? first time aku dgr info yg sebenarnye datang dari planet luar ni.

mungkin kah juge encik ismail tersebut sebenarnye adelah seekor / seorang / seketul / sebijik mahluk asing yg ganazz yg menyamar sebagai manusia (humanoid)?. wallahuaklam.

aku jadi takut dan tak keruan… takut diapa2kan atau pun diculik dan dijadikan bahan ujikaji untuk eksperimen mereka. aku berkira2 mungkin juge kapal angkase UFO encik ismail diparkingkan di atas bumbung mahkamah.

aku juge cube menggunekan logik, mungkin juge dua tige orang hakim kat situ sebenarnye adelah mahluk asing. jike benar dakwaan ini, bermaksud mahluk asing sudah mulai mengawal dan menguasai undang2 negare kite yg berdaulat ini. mungkin juge tuan R adelah salah seorang konco mereka.

kemudian aku dgn segale hormatnye dijemput ke pejabat Tuan R. pejabat beliau agak besar tetapi bersepah dengan fail2 di atas lantai dan puntung rokok di sane sini.

aku melihat2 keratan surat khabar lame yg ditampal di dinding dan dihighlight pade name beliau, iaitu semuanye tentang kejayaan2 beliau yg sungguh bersejarah dan membanggekan itu. beliau adelah ex-DPP.

kemudian, aku telah memohon dengan penuh rendah diri dan hormat takzim kepade tuan R untuk menghantar aku ke pejabat kawan aku iaitu ATOI.

atoi ialah salah seorang ejen provokator merangkap accomplice aku di bandar ipoh ini. beliau cekap dan cemerlang dalam menjalankan tugas beliau. sebab tu aku tak penah buang beliau. banyak jase2 beliau kepade aku, YDPA dan negare ini.

akhirnye aku sampai ke rumah aku (KL) pade pukol 5.10am, 10.5.2008. aku ngantok. aku tidor. 4.00pm, aku bergerak ke pejabat ku. ku bongkar2 fail2 di atas rak. oh, ku dapati cuma satu fail sahaja untuk aku pada isnin ni…

setelah membace fail tersebut aku berkate di dalam hati: “hmmm… agak menarik fail ni… tentang sekawan anak mude yg dituduh merogol seorang anak mude yg lain”.

“begitulah norma lumrah hidup segelintir anak mude di zaman penjajahan mahluk asing sekarang ni”, getus hati ku lagi untuk kali kedua.

sekian.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) singgah membaca. personifikasi yang menarik
  • 2) uhmm . uhmm... atoi tu cam bes je orgnya.

  • (Penulis)
    3) atoi tu sebenarnye tak best. hahaha!

Cerpen-cerpen lain nukilan kasutbiru

Read all stories by kasutbiru