maulud nabi

 

Hari ini. (12 Rabiulawal 1433)

                Tepat jam lapan malam, aku membuka chanel TV13. Siaran berita sedang tersiar. Kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan sedang membacakan berita. Si lelaki berpakaian segak dengan blazer dan kemeja krim. Tali leher putih menghiasi dadanya.

                Si perempuan pula memakai tudung bawal berwarna kuning cair yang dimasukkan ke dalam blazer. Dia turut memakai kemeja krim, sepadan dengan si lelaki.

Esok. (13 Rabiulawal 1433)

                Jam menunjukkan pukul lapan. Seperti biasa, aku membuka chanel TV13. Kelihatan sepasang pembaca berita yang sama seperti semalam sedang membacakan berita. Si lelaki masih memakai blazer. Namun, hari ini dia memakai kemeja berwarna biru langit dengan tali leher merah di dada.

                Si perempuan pun masih memakai blazer. Kemejanya turut berwarna biru langit, sepadan dengan si lelaki. Namun, hari ini dia tidak mengenakan tudung, menampakkan rambutnya yang paras bahu dan berwarna perang.

                Muka mereka hilang dan diganti dengan aduan rakyat mengenai jalan di kampung mereka yang rosak teruk. Hmm. Aku mengangguk. Bagus betul mereka ni. Sangat mengambil berat tentang rakyat. Tangan aku letakkan di dada. Mata pula ku hadapkan ke atas. Melihat kipas siling yang berputar laju. Hmm.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) no comment. baru tengok berita jugak.

  • (Penulis)
    2) happens in the past. so dah boleh predict pon
  • 3) ikut musim. kesian sebenarnya

  • (Penulis)
    4) yup. betul tu
  • 5) haha. 1 muharram entah apa pula pakaiannya.

  • (Penulis)
    6) tauu takpee haha
  • 7) Membaca berita adalah sesuatu yang amat trendy

  • (Penulis)
    8) yup, betul jugak tu

Cerpen-cerpen lain nukilan ArepZul

Read all stories by ArepZul