Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Kerana Raja Lawak
“Kamu, kalau rasa gatal sangat nak berboyfriend, don’t you dare let your boyfriend hold your hand or else, he’ll be brave enough to touch places he shouldn’t. Is that understood?” lantang Miss Elly bersuara memberi peringatan kepada 32 orang pelajar di hadapannya kerana dia terserempak dengan seorang pelajar kelas itu di bandar berpeluk sakan dengan seorang pelajar lelaki sekolah sebelah. Budak lelaki tersebut memang handsome. Sayangnya budak tersebut masih budak hingusan.
‘Mentang-mentang dia cikgu, suka hati dia aje nak understood, understood orang!’ gumam Lil dalam hati, tidak berani menyuarakannya. Bimbang juga nanti kena denda jadi Personal Assistant Miss Elly macam si Jeriko Tomboy pada Khamis lepas. Kesalahan Jeriko ialah dia baling pen marker dari belakang kelas, konon-konon sasarannya Lil yang sedang buat gelek gerudi ala-ala Inul di depan kelas, sekali tersasar dan terkena tepat di dahi Miss Elly yang meluru masuk ke dalam kelas. Sudahnya, setiap kelas Miss Elly masuk, Jeriko wajib ikut. Gerunlah kalau sepanjang hari kena ikut Miss Elly si andartu tu. Sudahlah mood tak menentu, sepanjang masa dibantainya speaking macamlah dia orang putih, padahal orang Batang Berjuntai je. Pelajar yang hendak bercakap dengan Miss Elly perlu speaking juga. Kalau tak, mulalah dia pura-pura tak faham. Whatever!
Lil sengih-sengih teringatkan muka Jeriko waktu pen marker terkena dahi Miss Elly. Jeriko gamam. Matanya yang kuyu jadi bulat dek terkejut. Perkataan yang terkeluar dari mulutnya cuma ‘alamakkkkkkkkk!’ tapi waktu itu nasi sudah jadi tahi, apa boleh buat lagi. Muka Miss Elly, tak payah cakaplah, merah padam dan terus menyinga apabila dilihatnya melalui cermin bedak kompak ada kesan merah tertinggal di dahi. Selepas itu bermulalah sesi khas ‘Pok Pek Bersama Elly’ dan seperti biasa, semua 32 orang pelajar perlu menjadi pendengar setia. Setiap kali teringat saat itu, mesti Lil senyum, tapi entahlah mengapa kali ini dia ketawa. Mungkin kerana Miss Elly ada di depan dan Jeriko di sebelah Lil – mangsa dan pesalah, kedua-dua ada di dalam ruang yang sama.
“You at the back, I’m trying to give you a lesson about life and you’re laughing at me?” dengan jarinya menunding ke arah Lil dan tangan sebelah kanan mencekak pinggang, mata buntang, suara Miss Elly kuat kedengaran. Memang pandai multi-tasking Miss Elly ni.
Betul, Lil sudah tersalah langkah. Dia seperti mahu ketuk-ketuk kepala dia ke meja guru tanda menyesal tidak berjaya mengawal dirinya dari ketawa sebentar tadi. Entah-entah dia juga akan menerima hukuman seperti Jeriko atau mungkin lebih teruk dari itu. Oh tidak!
“Errr…I… I… I remember story yesterday. Err… story Raja Lawak at Astro. Very good one. I laugh until I feel I want to guling-guling on the floor…” tergagap-gagap Lil menjawab. Begitulah apabila orang yang tidak reti speaking terpaksa speaking ketika sedang cuak. Sekali lagi Lil rasa hendak hantuk kepala ke meja guru. Macam tiada modal lain! Lil sekadar memandang lantai sambil menguis debu di lantai kelas, menunggu dijatuhi hukuman.
Satu minit.
Dua minit.
Lil masih menunggu hukuman yang bakal dikenakan. Dia tidak berani memandang Miss Elly.
Tiga minit.
Lil rasa sudah lama dia menunggu. Biasa Miss Elly cepat menghukum. Lil angkat muka. Dia pandang Jeriko di sebelah. Muka Jeriko memandang ke depan, wajahnya suspense macam ada yang tak kena. Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, Lil memberanikan diri memandang ke arah Miss Elly.
Miss Elly sedang berdiri tegak. Matanya dipejamkan. Turun naik nafas Miss Elly cuba dikawal perlahan. Eh, si andartu ni buat senaman yoga dalam kelas Bahasa Inggeris ke? Ini bukan waktu Pendidikan Jasmani! Lil pandang kawan-kawan sekelasnya yang lain. Semua mata tertumpu ke arah Miss Elly. Mungkin dalam benak masing-masing sama macam Lil, pelik dan tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya.
Tatkala kelas 4 Cun senyap sunyi seolah-olah semua orang baru sudah dilempang guru Bahasa Inggeris mereka, tiba-tiba Miss Elly duduk di atas kerusi yang warna birunya sudah luntur. Kerusi itu sebenarnya khas untuk guru-guru yang suka mengajar dengan gaya seorang pemalas. Miss Elly jarang duduk di atas kerusi tersebut sebab Miss Elly tahu reputasinya akan jatuh jika dia suka duduk di situ walaupun setiap kali mengajar kelas 4 Cun, geram sungguh dia melihat kerusi biru itu. Pernah Miss Elly ketap bibir sebab sangat mahu duduk tapi dia bimbang pelajar-pelajar akan mengutuk cikgu mereka yang anggun jelita itu lenguh memakai kasut bertumit tinggi. Sewaktu Miss Elly duduk satu kelas secara automatik duduk dengan sangat tegak macam tentera yang sedang berbaris, takut jadi mangsa seterusnya mungkin.
“I need to go,” kata Miss Elly sambil menulis sesuatu di atas papan putih.
RAJA LAWAK.
Hanya perkataan itu tertera. Miss Elly meninggalkan kelas dengan tugasan buat 32 orang pelajar kelas 4 Cun yang sangat disayangi. Mereka wajib menulis tentang Raja Lawak sekurang-kurangnya 350 patah perkataan dalam Bahasa Inggeris.
Semua dalam kelas tersebut gelabah. Tentang kekasih hati pun mereka tidak pandai tulis sehingga 350 patah perkataan dalam Bahasa Inggeris, apa lagi tentang Raja Lawak. Jika mereka gagal menulis sepanjang 350 patah perkataan, alamatnya semua mereka kena jemur di padang sekolah sebelah. Sahlah mereka akan malu besar sebab boyfriend mereka semua bersekolah di sana. Jatuh reputasi nanti!
Semua geram. Muka masing-masing sudah merah menahan marah. Semua sudah lipat lengan baju seragam mereka, ada juga yang menyelak tudung. Jeriko selak kain. Dalam kain Jeriko ada seluar skinny jean yang memang dipakai khas untuk memudahkannya membelasah siapa-siapa yang membuatnya tidak selesa. Kelas 4 Cun sangat marah kepada Lil kerana disebabkan Lil, mereka perlu menulis tentang Raja Lawak dalam Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya 350 patah perkataan.
“Apa lagi, serangggggggggggggggggg…!”
Sepantas mungkin Lil berlari. Sambil berlari dia berharap dia boleh lari selaju cahaya. Sambil berlari, Lil toleh ke belakang. Jeriko pun turut mengejar Lil. Sambil berlari, Lil menyumpah Jeriko. Dia merasakan Jeriko sebenarnya yang salah sebab Lil ketawa kerana Jeriko.
Di sebalik tangga bersebelahan kelas 4 Cun, Miss Elly menjenguk. Dia melihat Lil dikejar oleh pelajar-pelajar lain sambil tergelak besar.
“Padan muka! Lain kali, main-mainlah lagi dengan aku.”
Miss Elly berlalu ke bilik guru. Hatinya senang.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen SatiraCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) yang masa miss elly diam tutup mata tu, dia control nak tergelak ke?
haha nice short story.- kosong
- 13 years ago
-
2) Haih miss elly ni. Nak karangan dlm bahasa inggeris tapi tajuk dlm bahasa melayu. Patut tajuknye Funny King :p Best best ;)
- jojo
- 13 years ago
-
3) Kosong: Miss Elly sedang mencuba untuk tak 'burst', nanti bergegar satu bangunan bahaya, sebab bangunan tu dah retak hari-hari Miss Elly gegarkan bangunan tu.
Jojo: Haaa...sebab Miss Elly nak menyusahkan kehidupan budak-budak 4 Cun.- Choco
- 13 years ago
-
4) nice one
- lelangit
- 12 years ago
-
5) Wah, terlepas baca cerita ni. Ni musim isteri saya bersalin ni. Hehe.
Ayat pertama tu sangat menarik dah statement dia. saya ingat ia akan jadi katalis bagi cerita ni. Huks. Terlupa kejap tajuknya Kerana Raja Lawak.
In the end, adalah seperti tajuknya- cahatomic
- 12 years ago