Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

BANDAR MATI #1

 

Aku ambil meja betul-betul di bawah kipas lekat dinding. Apa yang aku suka pasal kipas di Mapley, dia satu pakej dengan semburan air. Jadi bila aku duduk bukan setakat sejuk, dia jadi nyaman. Tengahari di Malaysia kita ini lebih kurang macam hutan Amazon terbakar. Kecuali bandar mati Cyberjaya ini memang aneh. Tengahari buta begini, kau boleh jumpa orang putih berjogging.

Selepas seorang macha ambil pesanan, aku fokus pada kotak lcd 42 inci yang tergantung di bawah bumbung. Mana-mana Mapley wajib ada kotak hiburan ini ataupun mereka boleh duduk bersenang lenang sambil memikirkan bagaimana mahu bayar sewa premis bulan-bulan.

Di meja sebelah aku duduk sepasang homosapien berlainan gender sedang membelek-belek sekeping flyer.

Di tangan aku juga ada sekeping flyer.

Sebenarnya baru sebentar tadi datang seorang gadis lebih kurang awal 20an begitu bergerak dari satu meja ke satu meja yang bertuan sambil menghulurkan sekeping flyer, berkeping-keping tebal buku teks KBSM juga flyer di tangannya. Wajahnya girang betul. Tersenyum-senyum dia sambil melangkah tanpa memperdulikan apa kata orang sekelilingnya nanti. Ya, dia sepatutnya sedang berhempas pulas di menara gading untuk membalas budi kerajaan di kemudian hari. Dia sepatutnya seorang mahasiswa yang bakal mewarisi ringgit-ringgit bawah meja nanti.

Bukan bikin kerja-kerja menebar flyer seperti ini.

Ah, neraka apa.

Sungguh, sangat obvious yang gadis itu sangat mencintai kerja yang sedang dilakukannya. Padahal wajah sebegitu susah aku nak jumpa semenjak aku kenal modernisasi. Ikhlas.

Aku pernah bertikam lidah dengan seorang teman. Aku katakan Malaysia ini belum layak untuk berlabelkan modernisasi.

Berbuih-buih sang teman membidas seperti seorang pak menteri itu, katanya iPad 1Malaysia sudah jadi salah satu bukti modernisasi. Lalu dengan emosinya terus-terusan dia membodohkan aku yang mungkin ketinggalan dalam hal ehwal teknologi yang melibatkan hasil ciptaan lokal.

Aku katakan padanya, salah satu tuntutan modernisasi ialah pengumpulan data yang baik dan teratur. Ini kata Soerjono Soekanto. Aku katakan lagi padanya, apa modernisasi-nya jika data tentang rakyat sendiri pun masih lagi bersepah-sepah dan bercampur aduk di antara warganegara dan pendatang asing dan pendatang asing tanpa izin.

Sang teman itu seorang yang pro. Aku tidak mahu salahkan dia sepenuhnya. Booth-nya di Hari Belia pun ditaja oleh orang penting. Aku tahu kesetiaannya pada kerajaan sedia ada tidak akan berbelah bagi.

Pada gadis penebar flyer, aku sepatutnya berkongsi sesuatu dengan dia tadi. Jika dia seorang mahasiswa, aku perlu beritahu padanya yang pendidikan tingginya itu sepatutnya tidak bakal mentransformasikan dirinya sebagai hamba apabila tamat pengajiannya kelak.

Sigh.

Mars di sebelah aku nampak tak selesa dengan flyer di tangannya, “Macam dah tak ada artis luar lain nak panggil, ketinggalan zaman.”

Venus yang kepalanya bersandar manja di bahu Mars itu turut merungut, “Entah apa-apalah diorang ni, artis K-POP kan ada, I selalu rasa lebih baik kerajaan lah yang handle bab-bab konsert artis luar. Kerajaan lebih faham selera anak muda. Tengok contoh macam Hari Belia itu hari. I really really loike!”

Mars yang masih terkebil-kebil membaca flyer tidak menjawab. Sekadar mengangguk-angguk tanda setuju. Jemarinya menyelak rambut lurus yang jatuh menutup bahagian sebelah muka. Beberapa saat dia keronyok flyer tersebut dan mencampakkannya ke meja hadapan. “Bodoh.” Katanya.

Flyer ronyok berguling-guling di atas meja ditiup kipas sebelum jatuh ke lantai.

Macha-macha spesis curi tulang yang suka perhati orang makan, mula geleng kepala. Geleng kepala mereka kali ini geleng yang real. Bukan tabiat. Tak ada sivik, agaknya-lah kata mereka dalam hati.

Aku sengih. Waktu ini aku tak boleh kawal sengih. Bukan pasal sepasang moron sahaja, kebetulan filem tamil yang ditayangkan sekarang dia punya kelakar lebih sedikit bijaknya daripada Senario. Tidaklah nampak sangat seperti aku sedang mempersendakan mereka memandangkan jarak meja kami tidak jauh. Itu pun kalau mereka perasan.

Aku keluarkan handphone cap ayam aku. Aku buka fungsi sms, aku masukkan teks, Dude. Radiohead turun sini. Bukit Jalil 29 Feb. For real.

Aku tekan send. Beberapa saat kemudian, laporan message delivered aku terima.

3 layers tea aku sampai. Untuk Mapley yang tak berapa nak ramai pelanggan akibat tiada siaran langsung EPL di tengahari, servis sebegini menjengkelkan. Mujurlah sepanjang tempoh aku menunggu tadi aku dihiburkan.

Oleh sepasang beruk dan sebuah filem tamil.

Dan sedikit kisah kerajaan tua yang memahami jiwa orang muda.

-

Aku buka kotak sms. Teks dari teman berbunyi, Bagus, boleh aku bukak booth.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) itu hari orang muda organize The Used turun Bkt Jalil orait apa

  • (Penulis)
    2) pasal itu urusan berkenaan orang muda sepatutnya diserahkan kepada orang muda.
  • 3) Syabas Ben! beruk-beruk itu membiak secara belahan dedua. Kerajaan tua sudah tentu belum kenyang-kenyang.
  • 4) Itu pun kegagalan kumpul data tu. K-pop? Biar benar.
  • 5) ah, kalau dah di cyberjaya, mesti budak tu budak uni johari. budak uni aku (lim kok wing) tak minat radiohead.
  • 6) ni pengalaman sebenar ke?

  • (Penulis)
    7) @kuru, kerajaan tua tak akan pernah kenyang.
    @ucu, sekarang gangnam. hehehe
    @caha, amboi amboi
    @kama, berdasarkan imaginasi sebenar

Cerpen-cerpen lain nukilan rebelliben

Read all stories by rebelliben