Dialog Tolak Tambah Edisi Kantoi

 

+ Hey sayang!

- Hey. Sampai pun. I ingat you tak jadik datang.

+ Sorry la, lambat sikit. I kena hantar adik I tadi.

-- Oi. Kau tak nak tegur aku ke?

+ Oi Abdul Ghani. Amboi. Makin sehat kau.

-- Ha. Perut aku je yang makin sehat. Aku makin sakit. Sakit hati.

+ Apsal? Awek kau dah tahu pasal skandal kau?

-- Amboi mulut kau. Tak reti jaga langsung!

- Ntah. You ni memang mulut tempayan. Dah, dah. You datang semata-mata nak layan si Abdul Ghani ni ke?

-- Ha, tengok tu. Ghazali dah marah.

+ Ok. Tak, tak. I tak layan dia lagi dah.

- Bagus! Ni, I nak kenalkan member-member I yang lain.
  Ni Baji. Tu Tongkat.

+ Tongkat?

- Nama betul dia Ali.

+ Owh... tongkat ali la ni. Ok.
- Ngan, ni Awek.

+ Awek saper?

- Tak. Kitorang panggil dia Awek.

+ Laa. Kenapa?

- Sebab dia sorang je Awek.

-- Tu la kau. Kau tak tahu. Eh, kau ni boleh lepak lama-lama ke?

+ Apsal kau sebok? Nak halau la tu.

-- Eei, menuduh je keja budak ni. Aku pelik la. Boipren kau tak marah lak kau lepak ngan si Ghazali ni.

+ Kalo dia tanya, aku kata la aku lepak ngan kau. Kalau aku ngan kau dia tak marah punya. Dia tak yakin kau tu lelaki sejati. Haha... Lagi pun, dia kata dia pegi main futsal.

- Owh... Boipren tak ada baru carik I la ni?

+ Dah tu, you yang tak bagi I ceraikan dia. Kalau tak, awal-awal lagi I dah tinggalkan.

- I tak nak you jadik kejam, ok.

-- Oi minah.

+ Ape mende lagi la si boroi ni nak. Yer, apehal?

-- Wei, bukan ke boipren kau kata dia nak pegi main futsal?

+ Yer la. Kalau tak, tak ada la aku berani datang sini.

-- Owh, abes tu. Tu apa dia buat kat situ?

+ Huh?! Mana? Mana? Alamak, mampos aku.

-- Tu, meja ujung tu. Ngan pompuan tudung biru tu.

- Ak ah la, yang. Tu boipren you tu.

-- Kata main futsal. Abes, tu pompuan mana pulak dia cekup tu? Takkan goal keeper kot?

+ Ak ah ek. Betul la tu boipren I. Tapi... semalam dia kata dia nak pegi main futsal.

- Haha. Padan muka you. You ingat you sorang je nak ada skandal. Dia pun tak nak kalah jugak.

+ Hurm. I nak pegi serang la.

- Ha? Nak buat apa?

+ Dah tu bila lagi. Inilah  masa terbaik nak serang dia and ceraikan dia.

- Aih. Nak sangat jadik jahat. Suka hati you lah.

+ Ni bukan jahat lah sayang. Dah ada reason kan. So why not?

***

+ Ehem. Ehem.

= Eh, baby. Buat apa kat sini?

+ Entah lah. Main futsal kot. You buat apa kat sini? Ni siapa ni?

= Owh ni.. Err ni.. Ni Alina.

* Aliza la bang.

+ Abang? Amboi mesranya dia.

* Abang, kenapa ni? Ni siapa?

+ Mulai hari ni, saya bukan sesiapa pun untuk dia ni lagi.

= What? That's it?

+ Yup. That's it!

= Owh.. Senang je you lepas tangan, kan. You ingat I tak tau you keluar dengan Ghazali selama ni.

+ Kalau you tau, kenapa you biarkan? Tu salah you. I tak peduli. There's no more us.

= So you mengakulah you selama ni dengan Ghazali?
...
= Fine. I don't want to see you any more.

+ Me neither. Go to hell.

***

- Hey awak. Tunggu! Adoi. Kenapa awak jalan cepat sangat?

+ Saya nak balik.

- Laa. Tak nak lepak dulu?

+ Tak nak lah.

- Awak ni, awak ni. Tulah, saya dah kata jangan carik pasal. Tengok, awak jugak yang moody.

+ Biarlah. Esok lusa okay la ni.

- Ni apsal awak nangis pulak ni? Awak tak happy ke break dengan dia?

+ Memang lah happy. Tapi entah, sedih pulak.

- Eei, cakap macam *tutt*. Happy ke tak sebenarnya?

+ Entahlah.

- Dah, dah. Janganlah nangis lagi. Saya kan ada.

+ Memanglah awak ada. Masalahnya, girlfren awak pun ada sekali.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ni.. cinta berapa segi ni?

    caha selalu gune alasan main futsal. err.. jangan2 caha ni.. hmmm
  • 2) ops . nape valium dedahkan pekung hubungan kami ni *tekup muka*
  • 3) hahaa..hye..sylah aliza..*wink* [smbil mengenyetkan mata ke arah caha] =) ahakz~

    ni bkn cinta bersegi..cinta sfera kot~~

  • (Penulis)
    4) ehem ehem
    cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan sesiapa di dalam ni atau di luar sana... eheh..

    ps: sudahlah caha ngan syud, val relakan segalanya :P
  • 5) hari ni mmg mood val swing for the better kut. semuanya dia relakan. dari blog hingga ke cerpen. department baru banyak lelaki tampan ke val?
  • 6) LIMA BINTANG!!
  • 7) adoi...memang bersegi2 nih... heksagon pun boleh jadi nih.... poning den... huhuu... pape pon good job la val!

Cerpen-cerpen lain nukilan valium

Read all stories by valium