Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pimpin

 

Setelah doa habis dibaca, kini seorang lelaki lain pula sedang berucap. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Tan Sri Nirman. Penampilan beliau tampak kemas. Rambut disikat tepi. Baju batiknya berwarna biru cair, nampak kemas dan licin digosok dengan teliti. Mungkin orang gajinya, mungkin juga dihantar ke dobi.


Ceramah ini dimulakan dengan kata-kata semangat beliau tentang majunya Shah Alam ini. “Tu, jalan yang dekat depan sekolah tu. Parti ini yang buat! Kalau tak, berlubang-lubang lagilah gamaknya kalau dapat ke parti lain, ye dak?”


“Lagi satu ya tuan-tuan dan puan-puan, sekolah yang di belakang masjid tu, mintak ye kepada kerjasama tuan puan, ye, janganlah hantar anak-anak tuan puan ke sekolah itu! Kenapa? Sebab sekolah tu dibina oleh parti sana tu! Duit rasuah tu yang diguna tuan puan. Nama sahaja sekolah ugama!”


“Sekolah yang ditubuhkan tu, ada muslihat di sebaliknya tuan puan. Diorang semua tu dalam diam, menganjurkan ceramah politik dekat dalam sekolah tu tuan puan! Mereka kotorkan pemikiran anak-anak kita dengan ideologi sampah mereka!” beliau meneruskan lagi ceramahnya dengan memetik bermacam-macam perkara tentang parti lain. Masjid, pasar, balai raya, ketua penghulu, tok imam, ceramah agama, semua beliau petik.


“Saya dengar tuan puan memerlukan bantuan pendidikan. Tak salah saya dalam RM 7 juta ya? Macam nilah tuan-tuan dan puan-puan. This is a simple matter. You help me and i will help you, saya ada 7 juta dan tuan puan semua pula ada hak untuk mengundi. Pandai-pandailah tuan puan pangkah siapa, ye dak?" Beliau ketawa berdekah-dekah. Sesekali mengusap kepalanya yang botak di tengah. Para penonton sesekali mengangguk-angguk kepala tanda setuju. Tiba-tiba seorang lelaki berdiri dan menjerit TAKBIR! Diikiuti sahutan penonton lain ALLAHUAKBAR! TAKBIR!

ALLAHUAKBAR! TAKBIR! ALLAHUAKBAR! Aku berlalu pergi apabila Daus memanggilku.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) tak berapa nampak correlationnya. tapi tetap sebuah karya yang ok. daus as in syurgakah?
  • 2) hmmmmm..
  • 3) Tan Sri Nirman memang terkenal

  • (Penulis)
    4) daus may be in syurga, or may be in real life
    kenal kan sapa tan sri? hebat kan orangnya? heh,
  • 5) Politik mmg mmberi impak yg sgt besar dlm dunia penulisan malaysia ni kan?

  • (Penulis)
    6) sangat setujuuu
  • 7) Kalau takde politik, hambar dunia penulisan. Mana-mana negara pon rasanya.

Cerpen-cerpen lain nukilan ArepZul

Read all stories by ArepZul