Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Naskah

  • 3
  • dayya
  • 14 years ago
  • 3,579
  • FREE

 

Sehelai kertas entah dari mana terbang dekat-dekat lantai tempat aku tumpang bersimpuh. Atas dasar seni, aku langsung tidak kisah jika mereka gelar aku penggerak seni jalanan. Katalah apa segala yang mereka mahu. Aku tidak peduli. Dan kertas yang sudah berada dalam genggam tangan ini, aku baca sebutir-sebutir rentaknya. Aku mahu faham. Kerana menurut aku seni itu Tuhan beri di mana-mana. Ia datang dan pergi, terlihatkan cuma pada semua yang serius mencintai seni.


Dan seni itu akhirnya jelas pada aku.


Kecelakaan dalam menulis bukan kerana penulis itu celaka pada ideanya. Maaf kalau celaka itu kau andaikan makian. Tapi celaka dalam penulisan bila idea yang kau tulis tidak terjumpakan klimaks paksi kepuasan pembaca. Jangan kau jahanamkan naskah itu-- bukan puaka seni itu.

 

Yang punya pelesit ialah hati kita-kita; sentiasa mahu lebih. Sentiasa mendabik dada senang pada lebih yang sedikit. Tak tersedarkan hadiah dari Tuhan yang menyebabkan kita menjadi sedikit tinggi dari yang lain. Hadiah dari Tuhan itulah yang kita jadikan bahan ujikaji dalam penulisan. Ya, subjek penceritaan.

 

Seperti kali ini, celaka lagi penulisan ini diamuk cerca mereka yang benci. Benci bila semua yang tertulis terpukul batang hidung hingga patah. Mungkin sakitnya sampai mengalir air mata. Mungkin.

 

Tapi, ini juga naskah dari Tuhan.


Dan aku ini bukan si malaikat pengangkut sumpah dusta manusia seperti kau. Hidup berpura-pura. Ajal depan mata pun kau mampu tunda ikut mahu kau-- dengan najis kau calit pada kertas yang kau tulis kemas. Itu kecelakaan paling besar tapi aku diam. Bukan aku takut. Tidak langsung. Aku cuma memerhati sampai tinggi mana hidup mahu kau sanjung.


Semua perbedaan kita ini, kita sendiri terbalikkan. Kita sendiri yang meletak warna pada lukisan seni yang kita kata. Kita sendiri yang mencaci baik buruk tona warna. Kita yang gampang menuding jari. Kita ini petualang, bukan naskah ilham dari Tuhan. Bukan cacat seni yang kita terbutakan.


Dua puluh tahun aku menghambakan diri pada penulisan. Menurut aku segala apa yang telah aku tulis itu adalah benar garis mukaddimah dan susur galur galasnya.


Kali ini aku bungkam.Aku terdiam. Dalam. Mendap dalam hati. Terasa bagai ditumbuk bertubi-tubi ke mukaku. Benar, serasa hidung aku patah. Tiada perbezaan kerana bila sesuatu itu seni, ia adalah seni. Tidak terlihatkan dengan jelas. Dan tidak punya suatu apa pun yang dapat membezakan aras seni selain mengetahui bahawa seni itu cuma seni.


Seni yang aku sanjung, aku berakkan tanpa sedar. Naskah itu mengajar aku melihat cermin dan di situ jelas terlihat muntah busuk aku.
 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ya benar. Seni dan ilham adalah anugerah Tuhan. Ia mengalir masuk ke jiwa kita untuk dimuntahkan. Tanpa ilham dari Tuhan. Kita hampa.
  • 2) wow.

    dayya. marilah ulas sikit tulisan kali ini.
  • 3) kadang-kala kita lupa apa warna yang telah dicalitkan pada kanvas kehidupan..

    maklumlah, manusia mudah terlupa..Dia tolong ingatkan..

Cerpen-cerpen lain nukilan dayya

Read all stories by dayya